• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BigPay tawar kemudahan pinjaman peribadi, permohonan secara digital sepenuhnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:19 pm
  • 03/03/2022
  • Komen
BigPay tawar kemudahan pinjaman peribadi, permohonan secara digital sepenuhnya
Share on FacebookShare on Twitter

BigPay hari ini melancarkan produk terbaharu daripada mereka. Produk tersebut adalah kemudahan pinjaman peribadi yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna yang layak. Menurut CEO Capital A, Tony Fernandes, 55% populasi Malaysia didapati tidak memiliki akses bank yang mencukupi dan di sinilah mereka ingin beroperasi.

Pinjaman peribadi ditawarkan oleh BigPay Later Sdn. Bhd., dan menariknya produk ini adalah ia adalah digital sepenuhnya. Segala urusan pemohonan dan pembayaran dilakukan menerusi APP BigPay. Makanya, semua borang diisi secara digital tanpa sebarang medium fizikal.



Sekiranya lulus, pinjaman akan dikredit masuk ke akaun BigPay dan anda sama ada boleh terus gunakan seperti biasa ataupun sekiranya anda perlu tunai, anda boleh keluarkan di mesin ATM menggunakan kad BigPay pada bayaran RM6 untuk setiap transaksi.

Apa yang anda perlu tahu tentang servis pinjaman peribadi BigPay

Perlu diingatkan yang insturmen kewangan ini masih belum patuh syariah dan tidak semua pengguna BigPay mendapat akses ini. Menurut penyedia perhidmatan, ia akan diaktifkan secara berfasa sedikit-demi-sedikit.



Jumlah pinjaman yang dibenarkan adalah antara RM1,000 hingga RM5,000 dan kadar bunga sebanyak 8%/tahun. Menurut CEO BigPay Salim Dhanani, kadar bunga 8% adalah dinamik dan akan diubah berdasarkan penilaian risiko pelanggan-demi-pelanggan.

Tempoh bayaran balik pula boleh dipilih antara 6,9, hingga 12 bulan dan fi mati setem sebanyak 0.05% daripada jumlah pinjaman akan dikenakan. Kalau anda pinjam RM1,000, fi mati setem adalah RM50.

Cara pengiraan bayaran balik pula adalah menggunakan formula kadar bunga ringkas.

Misalnya, kalau anda pinjam RM1,000 dengan tempoh bayaran balik 6 bulan, perlu bayar semula RM173.34/bulan dan jumlah bayaran balik adalah RM1,040.

Tags: bigpaybigpay laterfintek
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BigPay tawar kemudahan pinjaman peribadi, permohonan secara digital sepenuhnya

BigPay tawar kemudahan pinjaman peribadi, permohonan secara digital sepenuhnya

3 March 2022
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN