• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mac 2022)

  • OLEH Najib
  • 2:47 pm
  • 05/03/2022
  • Komen
5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mac 2022)
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2022 dah tiba, nak beli telefon baru tapi bajet kecil? Jangan risau, kami bantu anda membuat pilihan yang terbaik boleh didapati di Malaysia. Tonton video di bawah untuk mengetahuinya.

  1. Redmi 9T – (shopee)

Redmi 9t ada ciri-ciri terbaik untuk bajet ini seperti cip Snapdragon 662 dan storan UFS 2.1. Skrinnya HD Penuh, baterinya sangat besar 6000mAh dan ada pengecasan pantas 18W USB-C. Sebagai telefon Xiaomi, ia ada fungsi unik pemancar infra merah.



Cuma, ramai pengguna mengadu telefon ni ada masalah tak boleh hidup dan kena hantar dibaiki. Masalah ni Xiaomi akui untuk Poco M3 yang ada spec serupa dengan Redmi 9T, tapi tak pernah kata apa apa pasal Redmi 9T.

Atau kalau ada bajet tambah RM50, boleh dapatkan Redmi 10 lebih baru berharga RM649.



Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/tag/xiaomi-redmi-9t/

  1. Realme C25y – (shopee)

Realme ni ada banyak sangat model bawah RM600, tetapi yang saya nak cadangkan adalah model baru Realme C25Y. Ia dikuasakan cip Unisoc T618, katanya prestasi tinggi untuk kelasnya dan ada skrin 6.5-inci HD. Tapi kelebihannya adalah kamera utama 50MP, dan pengecas pantas 18W.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/tag/realme-c25y/

  1. Samsung Galaxy A03 – (shopee)

Jenama Samsung sering saya cadangkan sebab ia ada ekosistem yang baik di Malaysia, terutama sekali sokongan lepas jualan. Selain senang ditemui di kedai-kedai, ia juga banyak dijual syarikat telekomunikasi. Tahun 2022 ni, Samsung mengemaskini peranti termurah mereka kepada Galaxy A03.

Skrinnya besar 6.5-inci HD, serta bateri 5,000mAh. Kelebihan utamanya adalah kamera utama 48MP. Untuk storan 32GB, harganya cuma RM469. Storan 64GB pula RM549.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/tag/samsung-galaxy-a03

  1. Realme C11 – (shopee)

Kalau anda ada bajet ketat bawah RM400, satu telefon yang saya syorkan adalah Realme C11. Ia ada skrin 6.5-inci, bateri 5000mAh dan dikuasakan cip Mediatek Helio G35.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/tag/realme-c11

  1. Nokia C01 Plus – (shopee)

Untuk bajet paling rendah, saya boleh cadangkan anda beli Nokia C01 Plus berharga RM359. Ia menggunakan OS Android 11 Go Edition. Cukup-cukup makan untuk menjalankan pelbagai aplikasi, tapi tak boleh banyak sangat sebab storan 16GB sahaja. Tapi ada slot kad mikroSD. Skrinnya 5.45-inci HD dan bateri pun cuma 3000mAh.

Bacaan lanjut: https://www.nokia.com/phones/en_my/nokia-c-01-plus

Tags: 5 terbaik
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mac 2022)

5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mac 2022)

5 March 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN