• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

4 siri Samsung Galaxy S dibuang daripada carta Geekbench dek penipuan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:29 am
  • 07/03/2022
  • Komen
4 siri Samsung Galaxy S dibuang daripada carta Geekbench dek penipuan
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun aplikasi penanda aras Geekbench telah mengeluarkan Samsung siri Galaxy S22, Galaxy S21, Galaxy S20, dan Galaxy S10 daripada carta Geekbench kerana didapati memanipulasi proses menanda aras kelolaan mereka. Perkara ini ada kaitan dengan Game Optimizing Service (GOS) yang kami laporkan minggu sudah.

GOS didapati mencatu prestasi sebenar telefon kepada lebih 10 ribu aplikias tapi tidak pula mencatu prestasi ke atas Geekbench. Perkara ini dilihat sebagai tidak telus dan tidak melambangkan penggunaan dunia sebenar menurut ramai pihak. Geekbench adalah antara aplikasi yang diberi pengecualian GOS disamping beberapa APP penanda aras lain seperti 3DMark.



Sumber

Di pihak Samsung, mereka mempertahankan diri disebalik alasan kawal selia haba. Ia bagi memastikan telefon masih selesa digunakan walaupun dalam jangka masa yang lama. Namun, mereka masih akan cuba menambah baik isu ini dalam kemas kini perisian yang seterusnya apabila mereka akan memperkenalkan bypass secara manual sekiranya pengguna ingin sesuati APP itu menikmati prestasi penuh sistem pengkomputeran telefon milik mereka.

Memanipulasi perisian penanda aras untuk beroleh skor tinggi bukanlah perkara baru. Ia pernah dilakukan sebahagian besar pengeluar telefon. Selain Samsung, Realme GT pernah dibuang daripada carta Antutu kerana didapati mencatatkan skor luar biasa. Huawei dan Honor juga didapati melakukannya apabila memuntahkan skor berbeza untuk ujian penanda aras yang satu dilakukan secara biasa dan satu lagi secara rahsia.



Skor berbeza untuk ujian penanda aras yang satu dilakukan secara biasa dan satu lagi secara rahsia (sumber)

Tags: Geekbenchsamsungsamsung galaxysamsung galaxy s10Samsung Galaxy S20Samsung Galaxy S21Samsung Galaxy S22
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
4 siri Samsung Galaxy S dibuang daripada carta Geekbench dek penipuan

4 siri Samsung Galaxy S dibuang daripada carta Geekbench dek penipuan

7 Mac 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER