• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia kembalikan surcaj bahan api ke dalam harga tiket penerbangan

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 07/03/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pembeli tiket penerbangan AirAsia Malaysia dengan kod penerbangan AK, perlu membayar harga lebih tinggi akibat kenaikan harga bahan api dunia. Ini kerana AirAsia terpaksa memperkenalkan semula surcaj ini untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melangkaui USD120 (~RM501) setong.

Menurut AirAsia, surcaj bahan api telah dimansuhkan di pembelian tiket penerbangan AirAsia sejak tahun 2015. Sejak itu, AirAsia telah menyerap semua kos kenaikan harga bahan api, walaupun syarikat penerbangan lain telah pun melaraskan harga tambang serta meningkatkan caj bahan api dan caj pentadbiran untuk mengatasi kenaikan kos operasi seawal tahun 2018 lagi.



Bagaimanapun, surcaj bahan api tidak dikenakan kepada pembeli tiket sebelum ini, Ia akan mula dikenakan untuk tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac 2022. Bermakna, semua tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac 2022 tidak akan mengalami kenaikan harga.

Surcaj yang akan dikenakan adalah seperti berikut:



  • Semua laluan domestik (dalam Malaysia) – RM10
  • Laluan antarabangsa (1-2 jam) – RM25
  • Laluan antarabangsa (2-3 jam) – RM35
  • Laluan antarabangsa (3-4 jam) – RM50
  • Laluan antarabangsa (>4 jam) – RM60

AirAsia sebenarnya pertama kali memperkenalkan surcaj bahan api pada tahun 2005, sebelum dimansuhkan pada tahun 2008. Ia kemudiannya diperkenal semula pada tahun 2011 dan dimansuhkan kali kedua pada tahun 2015, selepas harga bahan api sedunia turun ke USD48 setong. Ini menjadikannya kali ketiga AirAsia memperkenalkan surcaj bahan api.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata: “Syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas oleh kenaikan harga bahan api yang semakin terus meningkat disebabkan oleh keadaan di Eropah Timur serta faktor luaran lain. Ini semua telah menyebabkan kami terpaksa mengenakan semula surcaj bahan api, walaupun kami telah berusaha sedaya upaya untuk memansuhkannya selama ini.

“Sejak kali terakhir kami memansuhkan surcaj bahan api pada tahun 2015 berikutan harga bahan api global serendah AS$48 setong pada waktu itu, kami telah berdepan dengan beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini. Bagaimanapun, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lalu untuk terus memberikan nilai terbaik kepada tetamu kami. Malangnya, keadaan semasa di mana harga bahan api telah melonjak lebih 160% daripada tahun 2015 telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan.

“Kami berharap langkah ini hanyalah sementara. AirAsia akan terus memastikan tambang kami kekal rendah walaupun terdapat surcaj bahan api. Seperti yang kita boleh lihat, syarikat-syarikat penerbangan lain telah pun melaraskan tambang dan meningkatkan caj bahan api dan caj pentadbiran untuk mengatasi kenaikan kos operasi seawal tahun 2018 lagi. Walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19, kami masih berjaya untuk mengawal kos operasi yang semakin meningkat dan terus menawarkan tambang rendah kepada semua.

“Kami akan terus memantau keadaan semasa dan pada masa yang sama memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua.”

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia mahu perkenal pengangkutan udara dalam bandar menggunakan pesawat eVTOL Vertical VX4
  • AirAsia sasar jadi syarikat serupandu dan penghantaran makanan terbesar di Asia
  • Harapan AirAsia X pulangkan duit tiket terkubur andai rancangan ini gagal
  • AirAsia FACES: wajah anda ganti pas masuk pesawat
Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

AirAsia kembalikan surcaj bahan api ke dalam harga tiket penerbangan

7 March 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER