• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi

Joyami lancar dapur pintar yang boleh dikawal aplikasi Xiaomi, harga serendah RM79

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:43 pm
  • 08/03/2022
  • Komen
Joyami lancar dapur pintar yang boleh dikawal aplikasi Xiaomi, harga serendah RM79
Share on FacebookShare on Twitter

Joyami di bawah Tokit Malaysia telah melancarkan peralatan dapur pintar yang boleh dikawal melalui aplikasi Mi Home. Harganya adalah serendah RM79.

Barisan produk yang diperkenalkan itu terdiri daripada Joyami Smart Rice Cooker S1, Joyami Smart Cooktop, Joyami Multi-purpose Chef’s Pan dan Joyami Transparency Electric Kettle.



Joyami Smart Rice Cooker S1

Periuk nasi pintar ini mempunyai pelbagai fungsi memasak. Antaranya ialah Regular cooking (memasak biasa), Quick cooking (memasak cepat), Keep Warm (pastikan masakan sentiasa suam), Stew (rebus) dan Re-heating (panaskan semula). Ia membenarkan pengguna memantau status masakan dalam masa nyata melalui aplikasi.

Selain itu, pengguna juga boleh gunakan mod self defined di dalam aplikasi untuk menetapkan tekstur nasi yang dimahukan. Ada 4 jenis tekstur nasi yang boleh dipilih iaitu lembut, sederhana, rigid dan customize.



Joyami Smart Cooktop

Joyami Smart Cooktop membawa fungsi yang hampir sama dengan dapur elektrik. Melaluinya pengguna boleh lakukan perkara asas seperti masak sup, tumis dan lain-lain. Tapi, menariknya pengguna boleh laraskan kepanasan haba kepada 99 peringkat. Ia juga ada pelbagai mod memasak yang dikhusukan untuk rebus telur, suamkan susu, masak mi segera, masak ikan goreng, sous vide steak dan banyak lagi.

Setiap mod mempunyai tahap haba pratetap sendiri beserta tempoh memasak sebagai panduan. Joyami Smart Cooktop juga mampu memberi fungsi memasak dalam suhu yang rendah sehingga 4 jam. Sama seperti Joyami Smart Rice Cooker S1, Joyami Smart Cooktop juga terbina dengan WiFi. Ia membolehkan pengguna mengakses lebih banyak fungsi melalui aplikasi Mi Home.

Joyami Multi-purpose Chef’s Pan

Sesuai digunakan bersama Joyami Smart Cooktop, Joyami Multi-purpose Chef’s Pan didatangkan dengan lapisan Eclipse Non-Stick Coating menjadikan ia mudah dicuci. Badannya ada 6 lapisan salutan yang dijamin kualitinya. Kuali ini mampu mengalirkan haba dengan cepat dan memanaskan secara sekata dengan rintangan suhu tinggi sehingga 200 ℃.

Joyami Transparency Electric Kettle

Badan Joyami Transparency Electric Kettle diperbuat daripada Borosilicate Glass (kaca borosilikat). Ia merupakan bahan yang selamat terutamanya untuk bayi dan warga emas. Plat pemanas diperbuat dari bahan 304 Food Grade Stainless Steel (keluli tahan karat gred makanan 304). Ia selamat serta tahan karat, dengan gabungan perlindungan keselamatan berbilang lapisan.

Harga dan promosi

Semua produk ini akan dijual di dalam talian bermula 15 Mac 2022. Ada harga promosi disediakan pada hari pertama jualan dan anda boleh dapatkannya melalui Shopee. Berikut merupakan harga asal dan harga promosi yang ditawarkan:

  1. Joyami Smart Rice Cooker S1, RM299 – Harga promosi RM99
  2. Joyami Smart Cooktop, RM399 – Harga promosi RM299
  3. Joyami Multi-purpose Chef’s Pan, RM149 – Harga promosi RM109
  4. Joyami Transparent Electric Kettle, RM129 – Harga promosi RM79

Jika anda suka membeli di luar talian, anda boleh dapatkannya bermula 19 Mac 2022. Tapi hanya 2 produk sahaja tersedia iaitu Joyami Multi- purpose Chef’s Pan dan Joyami Transparency Electric Kettle. Ia dijual pada harga asal dan boleh didapati di semua kedai yang sah. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai peralatan dapur pintar Joyami, layari Facebook rasmi Joyami by Tokit Malaysia.

Tags: JoyamiTokit
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Joyami lancar dapur pintar yang boleh dikawal aplikasi Xiaomi, harga serendah RM79

Joyami lancar dapur pintar yang boleh dikawal aplikasi Xiaomi, harga serendah RM79

8 March 2022
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN