• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi 12 akan dilancar global pada 15 Mac, termasuk pasaran Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:01 pm
  • 09/03/2022
  • Komen
Siri Xiaomi 12 akan dilancar global pada 15 Mac, termasuk pasaran Malaysia

Xiaomi 12 Pro

Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi 12 telah dilancarkan di China pada hujung tahun lepas. Majlis pelancaran antarabangsanya kini dimaklumkan akan diadakan pada bulan ini dan ia termasuk pelancaran rasminya di Malaysia.

Xiaomi Malaysia memaklumkan bahawa acara pelancaran Xiaomi 12 akan diadakan secara dalam talian pada 15 Mac 2022, pukul 8 malam. Dalam pelancaran tersebut, harga dan tarikh jualannya di Malaysia akan turut diumumkan.



Orang ramai boleh menonton pelancarannya ini secara langsung di Facebook Xiaomi dan YouTube Xiaomi.

Dalam pengumuman itu, Xiaomi Malaysia menyatakan bahawa siri Xiaomi 12 akan dilancarkan. Jadi kita boleh jangkakan lebih dari satu model akan diperkenal nanti. Dari video pendek yang dimuat naik di media sosial mereka, ada dua telefon pintar dengan saiz berbeza. Pastinya ia merujuk kepada model Xiaomi 12 yang kecil dan Xiaomi 12 Pro yang lebih besar.



#MasterEveryScene with our 2022 dual flagship.

Don't miss our #Xiaomi12Series global launch on March 15th, 20:00 GMT+8. pic.twitter.com/ZQJznH1plt

— Xiaomi (@Xiaomi) March 8, 2022

Jika belum kenal, Xiaomi 12 adalah peranti kompak berkuasa tinggi, dengan skrin 6.28-inci HD Penuh, manakala Xiaomi 12 Pro memiliki skrin 6.73-inci QuadHD. Kedua-dua model menggunakan skin OLED dengan kadar penyegaran 120Hz dan kadar sentuhan 480Hz. Kaca Corning Gorilla Glass Victus yang sangat teguh melapisi bahagian luar skrin.

Kuasa tertingginya disumbang oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 1, digandingkan bersama RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB.

Xiaomi 12 hadir dengan tiga kamera belakang, menggabungkan kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766 OIS, kamera ultra lebar 13MP serta kamera makro 5MP. Masih tiada kamera telefoto, seperti di Xiaomi MI 11 dahulu. Versi Pro pula menggunakan kamera utama 50MP yang sama, tetapi dipasang kamera ultra lebar 50MP dan kamera teleforo 50MP dengan 2x zum optikal.

Kamera hadapan yang serupa digunakan di kedua-dua model biasa dan Pro, iaitu kamera 32MP yang terletak di dalam lubang di tengah dahi skrin.

Xiaomi 12
Xiaomi 12 Pro

Sistem bunyi yang hebat dipasang ke dalam Xiaomi 12 Pro, menggunakan empat pembesar suara gandingan sepasang unit tweeter dan woofer, serta ditala oleh Harman Kardon. Model biasa hanya datang dengan sepasang speaker stereo.

Lain-lain ciri premium yang terdapat di siri Xiaomi 12 adalah seperti sokongan 5G, WiFi 6, Bluetooth 5.2 dan NFC. Malangnya, ia masih tidak kalis air dan debu kerana tidak dinyatakan langsung oleh Xiaomi.

Saiz kecil Xiaomi 12 tidak menghalang Xiaomi untuk memuatkan bateri besar 4,500mAh ke dalamnya. Menurut Xiaomi, ia adalah bateri paling padat di dalam telefon pintar. Bagi versi Pro, baterinya besar sedikit iaitu 4,600mAh. Untuk pengecas, Xiaomi 12 menyokong kuasa 67W manakala Xiaomi 12 Pro dengan 120W. Kuasa mengecas wayarles sama untuk kedua-duanya, 50W masuk dan 10W keluar.

Untuk rujukan, Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro dijual di China pada harga seperti berikut:

  • Xiaomi 12 (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY3,699 (~RM2,449)
  • Xiaomi 12 Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY4,699 (~RM3,111)

Di Malaysia, buat masa ini peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1 hanyalah Motorola Edge 30 Pro, dengan harga RM2,699. Adakah Xiaomi 12 akan dijual lebih murah dari ini? Kita tunggu pelancarannya pada 15 Mac nanti.

Tags: xiaomiXiaomi 12
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Siri Xiaomi 12 akan dilancar global pada 15 Mac, termasuk pasaran Malaysia

Siri Xiaomi 12 akan dilancar global pada 15 Mac, termasuk pasaran Malaysia

9 March 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER