• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Galaxy A 2022 akan dilancar pada 17 Mac, ada apa yang baru?

  • OLEH Najib
  • 11:45 am
  • 14/03/2022
  • Komen
Siri Galaxy A 2022 akan dilancar pada 17 Mac, ada apa yang baru?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan akan satu acara ‘Awesome’ akan diadakan pada minggu ini. Acara tersebut diadakan untuk melancarkan telefon pintar Samsung terbaru, siri Galaxy A yang sangat popular di kalangan peminat, terutama di Malaysia.

Majlis pelancaran ‘Awesome’ siri Galaxy A akan diadakan pada hari Khamis, 17 Mac 2022 secara maya dan ia boleh ditonton orang ramai secara langsung di Facebook Samsung Malaysia dan YouTube Samsung. Ia akan mula bersiaran pukul 10 malam waktu Malaysia.



Belum ada sebarang maklumat tentang apakah telefon yang akan dilancarkan, tetapi ia bakal menggantikan barisan Galaxy A tahun lepas. Pada 17 Mac nanti, model baru yang dijangka akan diumumkan adalah Galaxy A73, Galaxy A53, Galaxy A33 dan Galaxy A23.

Poster yang dikongsi Samsung untuk acara pelancaran ini memberi sedikit petunjuk tentang apa yang boleh kita jangkakan akan ada di Galaxy A yang baru. Sudah pasti, kamera akan menjadi salah satu bahan pelaris pemasaran dan ia dapat dilihat dalam satu huruf A berlampu neon, petanda kamera malam yang hebat.



Seterusnya adalah huruf A dalam air, pastinya merujuk kepada kalis air dan debu yang pertama kali diberikan kepada Galaxy A72 dan Galaxy A52 tahun lepas. Ada juga huruf A dengan cahay kilat di atasnya, ini mungkin menunjukkan kuasa pengecas pantas. Setakat ini, kuasa pengecas di peranti Samsung hanya mencecah 45W di Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra. Yang lain, masih dengan pengecas 25W.

Lain-lain perkara yang dijangka akan ada di siri Galaxy A 2022 ini adalah cip pemproses baharu, skrin Super AMOLED sehingga 120Hz dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Sudah ada berita terbocor menyatakan Galaxy A53 akan dikuasakan cip Exynos 1200, dengan warna putih dan hitam sebagai salah satu warna yang ditawarkan.

Sumber

Untuk rujukan, tahun lepas Samsung Malaysia melancarkan Galaxy A52 4G pada harga RM1,499 dan Galaxy A52 5G berharga RM1,899. Kedua-dua peranti disertakan storan dalaman 256GB. Apakah akan ada kejutan besar untuk Galaxy A53 nanti? Kita tunggu kedatangan 17 Mac.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Gambar rasmi Galaxy A53 tersebar, ada sedikit berbeza dengan Galaxy A52
  • Samsung Galaxy A52 5G diumum tiba di Malaysia
  • Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE mula dibuka tempahan awal dengan hadiah percuma
  • Samsung Galaxy A72 & A52: Duo midrange berbaloi telah kembali
  • Samsung umum harga rasmi Galaxy A72, A52, A32 5G dan A32 di Malaysia
Tags: samsungSamsung Galaxy A53samsung galaxy a73
Najib

Najib

POPULAR

Siri Galaxy A 2022 akan dilancar pada 17 Mac, ada apa yang baru?

Siri Galaxy A 2022 akan dilancar pada 17 Mac, ada apa yang baru?

14 March 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER