• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A52 5G diumum tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:27 pm
  • 30/04/2021
  • Komen
Samsung Galaxy A52 5G diumum tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa pelancaran peringkat antarabangsa bulan lepas, Galaxy A32 dan Galaxy A52 diperkenal dalam dua varian rangkaian iaitu 4G dan 5G. Tetapi hanya Galaxy A32 5G yang diumumkan dijual di Malaysia. Hari ini, Samsung Malaysia mengumumkan ketibaan Galaxy A52 5G, melengkapkan barisan Galaxy A yang dilancarkan pada bulan Mac lepas.

Walaupun namanya ditambah 5G, ia sebenarnya ada naik taraf lebih daripada itu berbanding varian 4G. Harganya pun naik agak banyak, penambahan RM400 dari varian 4G. Pilihan warna masih sama iaitu Awesome White, Awesome Black, Awesome Blue, dan Awesome Violet.



  • Samsung Galaxy A52 4G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM 1,499
  • Samsung Galaxy A52 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM 1,899

Galaxy A52 5G mula dijual di Malaysia hari ini, 30 April 2021 di Stor Samsung Experience, Stor Online Samsung dan semua pengedar sah Samsung di Malaysia.

Spesifikasi

Dari segi rupa luaran dan saiz, tiada perbezaan antara Galaxy A52 4G dan Galaxy A52 5G. Kelebihan pertama Galaxy A52 5G adalah penggunaan cip Snapdragon 750G, di mana ia memiliki teras CPU dan grafik yang lebih berkuasa dari Snapdragon 720G di Galaxy A52 4G. Tetapi tiada beza di RAM dan storan.



Skrin juga ada sedikit berbeza. Saiznya sama iaitu 6.5-inci dari jenis Super AMOLED dan resolusi HD penuh. Tetapi Galaxy A52 5G menggunakan skrin dengan kadar penyegaran 120Hz, berbanding 90Hz di Galaxy A52 4G.

Selain daripada dua perkara ini, semua perkara adalah sama di antara versi 4G dan 5G. Baterinya sebesar 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W melalui sambungan USB-C. Ia menerima dua kad sim 5G dan kad mikroSD sehingga 1TB di dalam slot hibrid.

Kamera belakangnya ada 4, gandingan kamera utama 64MP F1.8 OIS, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera potret 5MP F2.4 dan kamera makro 5MP F2.4. Kamera hadapan pula 32MP F2.2, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Kelebihan utama telefon ini yang tiada dalam pesaing dalam kategori harga yang sama ialah pengiktirafan kalis air dan debu IP67. Ini membolehkan Galaxy A52 5G masuk ke dalam air bersih sedalam 1 meter, sehingga 30 minit.

Selain itu, Galaxy A52 5G memiliki pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos, jek audio 3.5mm serta pengimbas capjari di dalam skrin. Ia dilengkapi sistem operasi One UI 2.0 berasaskan Android 11. Samsung juga masih memberi kepala pengecas di dalam kotak.

Tags: samsungSamsung Galaxy A52
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Samsung Galaxy A52 5G diumum tiba di Malaysia

Samsung Galaxy A52 5G diumum tiba di Malaysia

30 April 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN