• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telegram kini sokong fungsi strim daripada OBS Studio

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:03 pm
  • 14/03/2022
  • Komen
Telegram kini sokong fungsi strim daripada OBS Studio
Share on FacebookShare on Twitter

Telegram mengutuskan kemas kini platform permesejan mereka pada 11 Mac 2022 dan ini adalah yang paling menarik setakat ini. Dalam kalangan banyak-banyak entri, ciri penstriman baharu ini pastinya menjadi hangat.

Penstriman guna OBS Studio

Group dan Channel boleh memanfaatkan fungsi siaran langsung menggunakan aplikasi seperti OBS Studio ataupun XSplit Broadcaster untuk merevolusikan cara anda bersiaran langsung di Telegram. Sebelum ini, mereka mengemas kini dengan fungsi livestream paparan telefon.



Pengenalan Download Manager

Bukan setakat siaran langsung, Telegram turut menjadi tempat untuk berkongsi fail kerana ia menyediakan storan tanpa had untuk anda menghantar fail. Tapi naik taraf yang dibawakan kali ini adalah pada pengenalan Download Manager yang seperti namanya, akan mengawal selia muat turun yang sedang berjalan.

Anda boleh set paras keutamaan sekiranya ada beberapa fail sedang dimuat turun secara serentak.



Perkongsian gambar lebih intuitif

Anda sedia tahu yang bila berkongsi gambar, beberapa gambar boleh dipilih secara serentak untuk dikongsikan. Ia jadi lebih intuitif bila fungsi baharu ini membolehkan anda lakukan previu sebelum butang kongsi ditekan dan anda malah boleh Menyusun gambar sebelum kongsikannya.

Lain-lain kemas kini menarik

Telegram turut mengumumkan yang mereka telah menambah baik proses login di Android dan macOS. Kemudian mereka turut mengaktifkan ciri pautan kepada profil menggunakan format:

t.me/username ataupun t.me/ +123456789

Ia memudahkan perkongsian profil telegram dan juga mengekalkan kerahsiaan bila anda berkongsi pautan username.


Sumber: Telegram

Bacaan berkaitan

Kemas kini Telegram Dis. 2021: Ciri memadam mesej ikut tarikh dan banyak lagi – SoyaCincau.com

Kemas kini Telegram Nov. 2021 bawakan pembaharuan pada perkongsian media – SoyaCincau.com

Livestream di Telegram kini boleh dirakam untuk ditonton kemudian masa – SoyaCincau.com

Tags: telegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Telegram kini sokong fungsi strim daripada OBS Studio

Telegram kini sokong fungsi strim daripada OBS Studio

14 March 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN