• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemas kini Telegram Nov. 2021 bawakan pembaharuan pada perkongsian media

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:22 pm
  • 05/11/2021
  • Komen
Kemas kini Telegram Nov. 2021 bawakan pembaharuan pada perkongsian media
Share on FacebookShare on Twitter

Telegram telah mengumumkan naik taraf pada sistem perkongsian media pada platform permesejan itu. Melihat kembali media yang pernah dikongsikan antara anda dan penerima menjadi lebih mudah dengan adanya sistem penyusunan yang responsif.

Naik taraf perkongsian media

Responsif daripada segi ia akan Menyusun kandungan secara masa nyata seiring apabila anda lakukan aksi mencubit masuk dan keluar. Bila anda zum keluar sehingga satu tahap, Telegram akan paparkan pula calendar sebagai rumusan pada hari manakah ada perkongsian media berlaku.



Perkara ini sangat berguna bila anda ingin mencari media-media lama kerana di Whatsapp, anda perlu scroll sehinggalah anda bertemu dengannya. Ada juga ciri untuk menyaring dan lihat kategori tertentu media sahaja seperti gambar, video, ataupun audio.

Kemas kini berikutnya masih berkaitan media. Bila anda telah menaip sesuatu dan anda susuli dengan aksi mengepilkan gambar, teks yang anda telah taip akan diubah secara automatik menjadi kapsyen gambar. Fungsi ini sudahpun ada pada Whatsapp.



Perkongsian lokasi akan disusuli dengan anggaran waktu tiba

Apabila anda berkongsi lokasi masa nyata, perkongsian anda akan disertakan sekali dengan anggaran waktu tiba, sama ada menggunakan kareta ataupun berjalan kaki.

Tidaklah pihak yang menunggu anda perlu sentiasa menatap paparan telefon untuk menyambut ketibaan anda.

Ada fungsi permohonan untuk menyertai Group dan Channel

Mengawal selia ahli Group dan Channel bakal jadi lebih mudah kerana Admin boleh mengesahkan penyertaan si pemohon. Tidak berlaku lagi peserta yang pelik-pelik membanjiri sesuatu Group ataupun Channel.

Admin juga boleh mewujudkan pautan khas untuk penyertaan Group dan Channel dan sistem telegram cukup pintar untuk memberi laporan berapakah penyertaan berlaku melalui pautan-pautan tertentu.

Sumber: Telegram

Bacaan berkaitan

Telegram terima 70 juta pendaftaran baru ketika WhatsApp tergendala
Livestream di Telegram kini boleh dirakam untuk ditonton kemudian masa
Kongsi filem di Telegram, suspek berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara 5 tahun
Tags: androidiOStelegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kemas kini Telegram Nov. 2021 bawakan pembaharuan pada perkongsian media

Kemas kini Telegram Nov. 2021 bawakan pembaharuan pada perkongsian media

5 November 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN