• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penghantaran tempahan awal Galaxy S22 alami kelewatan, pengguna merungut

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:01 pm
  • 16/03/2022
  • Komen
Samsung Galaxy S22 Ultra: Jelmaan semula Note 20 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda telah lakukan tempahan awal untuk memiliki siri Samsung Galaxy S22 sewaktu ia dilancarkan dan masih belum menerimanya, Samsung akui yang memang ada isu sedang mereka rungkaikan. Di ruangan komen saluran sosial Samsung, pengguna menurunkan rasa ketakpuasan hati mereka kepada pengeluar telefon itu.

Sumber

Menerusi kenyataan rasmi kepada yang terlibat, Samsung memaklumkan disebabkan bilangan tempahan yang terlalu tinggi, akan ada tempahan yang terlewat untuk dipenuhi. Ia bergantung kepada model, warna dan aksesori yang ada dalam pasaran pada ketika ini. Makanya, mungkin ada pelanggan yang akan menerima telefon terlebih dahulu dan aksesori yang dijanjikan akan sampai kemudian.



Kenyataan rasmi Samsung adalah seperti berikut:

We’re extremely grateful for your positive support towards the Galaxy S22 series. However due to the overwhelming pre-order volume, some customers may experience some delays depending on the market, model, colour as well as the accessories that comes with the pre-order package. Do ensure that we are dedicated to get your new devices to you first, hence customers will be receiving their phones ahead of the gifts from the promo deal.

We thank you for your patience and kind understanding.



Rentetan daripada isu tersebut, Samsung telah melanjutkan tempoh sah baucar RM800 yang penempah awal terima. Asalnya baucar aksesori tersebut boleh diguna pakai sehingga 17 Februari 2022 tapi telah dilanjutkan kepada 17 April 2022.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan siri Galaxy S22, berikut adalah harganya:

  • Samsung Galaxy S22 5G 128GB – RM3,499
  • Samsung Galaxy S22 5G 256GB – RM3,699
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 128GB – RM4,099
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB – RM4,299
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB – RM5,099
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB – RM5,499
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB – RM5,899
Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy S22Samsung Galaxy S22 Ultrasamsung s22 plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy S22 Ultra: Jelmaan semula Note 20 Ultra

Penghantaran tempahan awal Galaxy S22 alami kelewatan, pengguna merungut

16 March 2022
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN