• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Docs sediakan ciri draf e-mel, mudahkan kandungan diperiksa individu lain sebelum ia dihantar

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:03 pm
  • 17/03/2022
  • Komen
Google Docs sediakan ciri draf e-mel, mudahkan kandungan diperiksa individu lain sebelum ia dihantar
Share on FacebookShare on Twitter

Google sedang lancarkan ciri baru yang akan memudahkan pengguna mendraf e-mel dalam Google Docs. Ciri ini berguna jika anda memerlukan individu lain menyemak, memberi komen atau menyunting e-mel anda sebelum ia dihantar. Walaupun kebiasaannya anda boleh salin draf dari Docs dan tampalnya di e-mel, namun ciri baru ini membolehkan anda hantar terus e-mel itu dari Docs.

Berikut merupakan cara untuk anda mencubanya:



  1. Sediakan satu dokumen Docs yang baru
  2. Kemudian, sediakan templat e-mel pula. Anda perlu tekan Insert, pilih Building Blocks dan pilih Email draft. Untuk cara lebih mudah, anda hanya perlu taip simbol @ pada dokumen, kemudian pilih Email draft pada menu.
  3. Setelah ia tersedia, anda boleh mula draf kandungan e-mel, masukkan nama penerima pada bahagian To dan letakkan subjek.
  4. Apabila e-mel sudah siap, anda boleh klik ikon Gmail di sebelah kiri untuk hantarnya kepada penerima.

Untuk beri individu lain periksa kandungan e-mel itu sebelum ia dihantar, anda hanya perlu tekan Share di atas kanan, kemudian tambah nama rakan anda.

Ciri Email draft ini akan tersedia kepada semua pelanggan Google Workspace, serta sesiapa sahaja yang menggunakan pelan G Suite Basic dan Business. Ia dilancarkan secara beransur-ansur kepada pengguna dan bakal tersedia kepada lebih ramai orang bermula minggu depan. Buat masa ini, saya masih belum temui ciri ini di dalam Docs. Namun, anda boleh periksanya jika ingin mencuba.



[Sumber: TheVerge, Google]

Tags: GmailGoogle Docs
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

1 Julai 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER