• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Galaxy A33, A53 dan A73 di Malaysia sangat mengejutkan

  • OLEH Najib
  • 11:50 pm
  • 17/03/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Galaxy A 2022 telah dilancarkan dengan tiga model baru diumum iaitu Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G. Agak mengejutkan kerana Galaxy A73 5G tidak diperkatakan semasa pelancaran global, tetapi tersenarai di dalam pengumuman oleh Samsung Malaysia.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah harga yang diletakkan Samsung Malaysia untuk menjual tiga model telefon pintar kelas pertengahan mereka ini. Semuanya berbeza dan ada perubahan yang agak ketara, jika dibandingkan dengan model yang sama tahun lepas.



Harga rasmi Galaxy A 2022 yang dimaklumkan kepada kami adalah seperti berikut:

  • Galaxy A33 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499
  • Galaxy A53 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,849
  • Galaxy A73 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,099

Sebagai perbandingan, harga Galaxy A yang hampir serupa dilancar tahun lepas adalah:



  • Galaxy A32 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,199
  • Galaxy A52 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,899
  • Galaxy A72 4G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,899

Kelihatan penurunan harga hanya diterima oleh Galaxy A53 sahaja, dengan RM50 lebih murah. Tetapi sangat mengejutkan adalah kenaikan harga Galaxy A33 dan Galaxy A73.

Galaxy A33 5G
Galaxy A32 5G

Pada Galaxy A33, ia lebih mahal RM300 berbanding A32 5G. Kenaikan ini boleh dikatakan akibat perubahan skrin daripada LCD HD kepada Super AMOLED HD penuh, selain cip pemproses baru yang lebih bertenaga. Di samping itu, ia juga kini kalis air IP67 dan kamera utama ditambah penstabil optikal (OIS). Secara kasar, ia lengkap dengan ciri-ciri asas untuk telefon pintar kelas pertengahan sebenar.

Bagi Galaxy A73 5G pula, kenaikan RM200 dapat dilihat pada perubahan cip yang menyokong rangkaian 5G dan kamera utama dipertingkat kepada 108MP. Ia tidaklah sebanyak Galaxy A33 5G tetapi kini berharga melebihi RM2,000.

Jangan lupa, tiada lagi kepala pengecas diberikan di dalam kotak Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G.

Baik beli Galaxy S20 FE?

Galaxy S20 FE

Dengan harga RM2,099, Galaxy A73 5G dilihat bersaing dengan telefon pintar Samsung sendiri, Galaxy S20 FE 5G. Mungkin sukar untuk dicari di pasaran sekarang tetapi ia pernah dijual sekitar RM2,000 sahaja.

Boleh dikatakan, Galaxy S20 FE 5G serba-serba lebih baik berbanding Galaxy A73 5G, kecuali pada saiz skrin yang lebih kecil. Selain itu, Galaxy S20 FE 5G memiliki kuasa lebih hebat Snapdragon 865 5G, menyokong pengecasan wayarles dan ada sistem kamera lebih baik bersama kamera telefoto.

Galaxy A73 5G

Tetapi pastinya sokongan kemaskini Android di Galaxy S20 FE 5G ketinggalan. Dilancarkan pada September 2020 dengan Android 10, Galaxy S20 FE 5G dijanjikan kemaskini Android 3 kali. Bermakna, sehingga Android 13 sahaja. Sedangkan Galaxy A73 5G datang dengan Android 12 dan dijanjikan 4 kali kemaskini. Jadi ia akan menerima sehingga Android 16.

Tarikh jualan

Buat masa ini, Samsung Malaysia tidak memberitahu bilakah ia akan mula menjual Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G. Menurut Samsung Global, Galaxy A53 5G akan mula berada di pasaran pada 1 April 2022. Manakala Galaxy A33 5G pada 22 April 2022. Untuk Galaxy A73 5G, ia akan dijual di negara terpilih mulai 22 April 2022.

Mungkin kita boleh menjangkakan tarikh jualan yang sama di Malaysia. Semoga Samsung Malaysia turut memberikan hadiah istimewa untuk pembeli terawal. Nantikan berita daripada kami kelak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranti terbaru Samsung ini, rujuk laporan kami di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Trio Galaxy A 2022 kembali lebih bertenaga dengan ciri-ciri kelas flagship
  • Android 12 tiba ke Galaxy S20 FE di Malaysia
  • Samsung jamin kemaskini sehingga 5 tahun untuk Galaxy A dan Galaxy Watch terpilih

Tags: Galaxy A33Galaxy A53Galaxy A73samsungSamsung Galaxy A33Samsung Galaxy A53samsung galaxy a73
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

20 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER