• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

  • OLEH Najib
  • 4:21 pm
  • 17/03/2022
  • Komen
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda pengguna akaun Netflix yang sah, tetapi berkongsi akaun tersebut dengan rakan atau keluarga anda? Netflix sebenarnya membenarkan perkongsian akaun sesama ahli keluarga yang tinggal serumah, tetapi ramai pengguna berkongsi akaun mereka bersama orang yang tinggal di luar rumah.

Netflix mengumumkan di dalam blog rasmi bahawa mereka sedang menguji beberapa cara untuk membolehkan perkongsian dibuat sesama ahli di luar rumah, dengan bayaran tambahan. Pendek kata, Netflix sedang cuba cara untuk menghentikan perkongsian akaun.



Untuk permulaan, bermula minggu hadapan, Netflix akan melancarkan ujian dua ciri baharu di Chile, Costa Rica, dan Peru iaitu:

1. Tambah ahli (add an extra member): Pelanggan pelan Standard dan Premium boleh menambah sub-akaun sehingga dua orang yang tidak tinggal bersama. Sub-akaun ini akan ada akaun daftar masuk dan kata laluan berbeza, pada harga lebih murah dari pelan termurah iaitu CLP2,380 (~RM12,47) di Chile, USD2.99 (~RM12.53) di Costa Rica, dan PEN7.9 (~RM8.80) di Peru.



2. Pindah Profile ke akaun baru: Pengguna pelan Basic, Standard, dan Premium boleh memindahkan Profile di dalam akaun mereka ke akaun baru, atau ke sub-akaun. Pemindahan ini akan mengekalkan semua sejarah tontonan, My List dan cadangan tontonan.

Untuk perbandingan, harga pelan termurah di Chile adalah PEN5940 (~RM31.13), USD8.99 (~RM37.69) di Costa Rica dan PEN24.90 (~RM28.00) di Peru. Di Malaysia pula ialah RM17 iaitu pelan Mobile dengan resolusi 480p sahaja.

Harga pelan Netflix di Malaysia

Menurut Netflix, perkongsian akaun mengakibatkan mereka kekurangan dana untuk melabur ke dalam filem dan rancangan TV yang hebat. Ujian yang dijalankan di Chile, Costa Rica, dan Peru ini akan digunakan sebagai asas untuk meluaskan lagi halangan perkongsian akaun ke seluruh dunia.

[Sumber: The Verge]

Bacaan Berkaitan

  • Netflix kini sedia ditonton di Astro Ulti Box yang lebih murah
  • Netflix pelan percuma diumumkan, bukan di Malaysia
  • Netflix Games tiba dengan 5 tajuk permainan, percuma untuk semua pelanggan
Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

17 March 2022
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN