• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Percuma Galaxy Buds Live atau Galaxy Fit 2 untuk tempahan awal Galaxy A33, A53 dan A73

  • OLEH Najib
  • 1:21 pm
  • 21/03/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan tarikh penjualan telefon pintar terbaru mereka, siri Galaxy A 2022. Tempahan awal turut dibuka, menawarkan hadiah percuma untuk pembeli terawal.

Walaupun melancarkan tiga model dalam siri Galaxy A 2022, tarikh jualan dan tempahan awalnya sedikit berbeza. Bagi Galaxy A53 5G, tempahan awal dibuka dari 21 hingga 25 Mac 2022. Untuk Galaxy A33 5G dan Galaxy A73 5G pula tempahan awal lebih lama, dari 21 Mac hingga 13 April 2022.



Hadiah percuma yang diberikan juga sedikit berbeza. Pembeli Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G dalam tempoh tempahan awal, menerima hadiah percuma Galaxy Buds Live (bernilai RM549). Untuk pembeli Galaxy A33 5G, mendapat hadiah percuma Galaxy Fit 2 (bernilai RM179).

Tempahan awal boleh dibuat di Stor Samsung Experience dan rakan pengedar sah Samsung. Ia juga boleh ditempah awal dalam talian di Stor Online Samsung Malaysia.



Untuk maklumat lanjut, layari laman web tempahan awal siri Galaxy A 2022. Harga jualan rasmi siri Galaxy A 2022 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Galaxy A33 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499
  • Galaxy A53 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,849
  • Galaxy A73 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,099

Spesifikasi Galaxy A 2022

Tiga model siri Galaxy A 2022 iaitu Galaxy A33, Galaxy A53 dan Galaxy A73 kini tampil dengan beberapa ciri-ciri flagship padanya. Antaranya sokongan 5G pada semua model, kalis air dan debu IP67, skrin HD Penuh Super AMOLED dan speaker stereo Dolby Atmos. Ia masih ada slot kad mikroSD tetapi jek audio 3.5mm telah dibuang.

Ketiga-tiga model Galaxy A ini juga datang dengan bateri 5,000mAh di dalamnya, yang menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Malangnya, Samsung mengambil keputusan untuk tidak lagi memberikan kepala pengecas di dalam kotak. Bermakna, pengecas perlu dibeli berasingan.

Selain itu, siri Galaxy A 2022 juga diumumkan memiliki kemaskini yang panjang, sama lama dengan siri Galaxy S22. Datang siap dengan One UI 4.1 berasaskan Android 12, model baru Galaxy A ini dijamin menerima kemaskini sistem operasi sebanyak 4 kali, dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun. Ini adalah jaminan kemaskini paling panjang untuk peranti kelas pertengahan.

Perbezaan utama antara ketiga-tiga telefon ini adalah pada skrin dan kamera. Galaxy A33 memiliki skrin 6.4-inci bertakuk U, dengan kamera utama 48MP OIS. Galaxy A53 pula ada skrin 6.5-inci berlubang kecil bersama kamera utama 64MP OIS. Untuk Galaxy A73, ia ada skrin besar 6.7-inci berlubang kecil dan kamera utama 108MP OIS.

Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, layari artikel pengumuman Galaxy A 2022 kami di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Trio Galaxy A 2022 kembali lebih bertenaga dengan ciri-ciri kelas flagship
  • Harga Galaxy A33, A53 dan A73 di Malaysia sangat mengejutkan
  • Samsung jamin kemaskini sehingga 5 tahun untuk Galaxy A dan Galaxy Watch terpilih
  • Samsung mahu saingi Google, beri kemaskini 5 tahun untuk siri Galaxy S22, S21 dan Tab S8
Tags: Galaxy A33Galaxy A53Galaxy A73samsungSamsung Galaxy A33Samsung Galaxy A53samsung galaxy a73
Najib

Najib

POPULAR

Percuma Galaxy Buds Live atau Galaxy Fit 2 untuk tempahan awal Galaxy A33, A53 dan A73

21 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER