• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warga emas rugi RM3.9 juta jadi mangsa Love Scam, tertipu dengan gambar suntingan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:23 pm
  • 22/03/2022
  • Komen
Warga emas rugi RM3.9 juta jadi mangsa Love Scam, tertipu dengan gambar suntingan
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun di Pulau Pinang mengalami kerugian RM3.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Love Scam. Kejadian bermula selepas mangsa berkenalan dengan suspek di Instagram pada Disember tahun lalu. Suspek mendakwa dirinya berasal dari Korea Selatan dan bekerja di pelantar minyak. Mereka kemudian terus berhubung menerusi platform WhatsApp.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek telah meminta mangsa melabur dalam perniagaan pelantar minyak. Selain itu, suspek juga memperdaya mangsa dengan berjanji akan menjaganya sepanjang hayat. Sepanjang perkenalan dengan suspek, mangsa telah telah membuat 184 transaksi ke dalam 19 akaun bank tempatan. Mangsa menggunakan wang simpanan yang diwarisi daripada arwah suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.



Pemindahan wang paling rendah ialah RM9,000 dan paling tinggi RM50,000. Supek dikatakan meminta wang dalam jumlah yang kecil secara berperingkat bagi mengelak pihak bank mencurigai kegiatannya.

Di samping itu, mangsa juga terperdaya dengan suspek kerana dia sering menerima gambar yang kononnya memparkan suspek sedang memandu ke tempat kerja dan bekerja di pelantar minyak. Namun, mangsa akhirnya sedar dirinya ditipu selepas dia mengetahui gambar tersebut disunting menggunakan gambar individu lain. Gambar di sebelah kiri di bawah ini merupakan gambar asli manakala di sebelah kanan adalah gambar yang sudah disunting



Mangsa kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan janji manis daripada individu yang hanya dikenali di media sosial.

Sebenarnya, ada bermacam taktik yang digunakan suspek Love Scam untuk dapatkan duit mangsa. Tapi secara umumnya, mereka akan guna platform media sosial untuk berkenalan dengan mangsa, kemudian beri ayat manis supaya dapat menambat hati mangsa. Bagi mengelak dari menjadi mangsa, sebaiknya jangan layan individu yang anda tidak kenali di media sosial.

[Sumber: MalayMail, Awani]

Tags: Love scamSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Warga emas rugi RM3.9 juta jadi mangsa Love Scam, tertipu dengan gambar suntingan

Warga emas rugi RM3.9 juta jadi mangsa Love Scam, tertipu dengan gambar suntingan

22 March 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER