• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qualcomm & Trimble jalin kerjasama untuk sistem GPS lebih jitu pada platform Snapdragon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:37 pm
  • 23/03/2022
  • Komen
Adakah ini pengganti Snapdragon 888?
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm dan Trimble mengumumkan kerjasama untuk memasukkan teknologi Trimble RTX ke dalam platform Snapdragon 8 Gen 1 dan Snapdragon 888. Tidaklah diketahui sama ada solusi Trimble RTX yang akan dimasukkan ini adalah berasaskan perkakasan ataupun perisian. Untuk maklumat, kerjasama antara kedua-dua entiti ini sudahpun terjalin sejak 2019, cumanya kali ini mereka mengumumkan sesuatu untuk telefon pintar.

Berkemungkinan besar aadalah perisian kerana kedua-dua cip ini sudahpun berada dalam pasaran beberapa ketika.



Trimble RTX dikatakan boleh mempertingkat kejituan satelit penjejak dalam lingkungan kurang daripada 1 meter. Menurut brosur Trimble RTX, cara kerjanya adalah dengan menyunting data isyarat satelit penjejak sebelum digunakan oleh peranti penerima.

Pada sistem RTX sedia ada, maklumat lokasi dihantar melalui satelit ataupun sambungan Internet kepada peranti penerima. Maklumat yang masih belum diberikan adalah bilakah implementasi ini akan boleh digunakan pengguna peranti yang menyokongnya.



Saya tak nampak sangat kegunaan ciri ini pada telefon pintar tapi lebih kepada dunia automotif. Sudah tentu Qualcomm akan menerima manfaat lebih bila sesuatu kereta pintar itu diperkasa platform Qualcomm dan diperkasa servis geolokasi Trimble RTX.

Usaha untuk meningkatkan kejituan pada Global Navigation Satellite Systems (GNSS) produk kepenggunaan terutamanya telefon pintar telah berlaku dalam tahun 2018 lalu. Pada ketika itu, pengeluar telefon mula memasukkan cip GNSS yang mampu menerima isyarat GNSS L5 katanya mampu mempertingkat kejituan dalam lingkungan 30cm berbanding 500cm bila isyarat GNSS L1 digunakan sebelum ini.

Mi 8 antara telefon pertama menyokong isyarat GNSS L5

Sumber: Qualcomm

Bacaan berkaitan

Lupakan eSIM, Qualcomm integrasikan SIM ke dalam cip pemproses – SoyaCincau.com

Snapdragon 8 Gen 1 atasi Bionic A15 dalam jabatan GPU, tapi gagal di CPU – SoyaCincau.com

Carta Android di Antutu dikuasai siri Snapdragon 888, Exynos dan Mediatek tidak kelihatan – SoyaCincau.com

Tags: gnssgpsQualcommtrimbletrimble rtx
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Adakah ini pengganti Snapdragon 888?

Qualcomm & Trimble jalin kerjasama untuk sistem GPS lebih jitu pada platform Snapdragon

23 March 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN