• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi lancar dua model baru 5G bagi siri Redmi Note 11, versi termahal ada pengecas 120W di dalam kotak

  • OLEH Najib
  • 11:56 pm
  • 29/03/2022
  • Komen
Xiaomi lancar dua model baru 5G bagi siri Redmi Note 11, versi termahal ada pengecas 120W di dalam kotak
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini mengadakan majlis pelancaran terulung bagi siri Redmi Note 11, apabila melancarkan dua model telefon pintar baru untuk siri tersebut. Ia adalah tambahan kepada keluarga Redmi Note 11 yang dilancarkan pada awal bulan Februari lepas.

Kedua-dua model baru Redmi Note 11 ini menyokong rangkaian 5G. Menjadikan jumlah peranti 5G dalam keluarga Redmi Note 11 kepada tiga model. Ahli baru yang pertama adalah Redmi Note 11S 5G, model lebih baik berbanding versi 4G sahaja. Ahli baru kedua dinobatkan sebagai peranti Redmi Note 11 paling berkuasa, digelar sebagai Redmi Note 11 Pro+ 5G. Naik taraf daripada Redmi Note 11 Pro 5G.



Harga dan Tarikh Jualan

Xiaomi Malaysia akan menjual kedua-dua model baru ini di sini pada harga seperti berikut:

  • Redmi Note 11S 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM999
  • Redmi Note 11 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499
  • Redmi Note 11 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,599

Tarikh mula jualan pula sedikit berbeza. Bagi Redmi Note 11S 5G, ia akan mula dijual di Malaysia pada 22 April 2022, di kedai fizikal Xiaomi Store dan pengedar sah di seluruh Malaysia, serta dalam talian di Lazada dan Shopee. Tiada promosi jualan awal bagi model ini.



Untuk Redmi Note 11 Pro+ 5G pula, ia dijual lebih awal di Malaysia iaitu bermula dari 6 April 2022 dalam talian di Lazada dan Shopee. Lebih menarik lagi, ada diskaun RM100 diberikan semasa jualan kilat kelak, menjadikan harganya kepada:

  • Redmi Note 11 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499 RM1,399
  • Redmi Note 11 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,599 RM1,499

Spesifikasi Redmi Note 11S 5G

Jika anda fikir ini adalah telefon yang serupa dengan Redmi Note 11S 4G dengan tambahan 5G sahaja, anda salah. Ia adalah telefon pintar yang jauh berbeza. Lebih tepat lagi, ini sebenarnya adalah salinan kulit Xiaomi daripada model sedia ada, Poco M4 Pro 5G. Malah rekaannya juga sangat mirip, dengan beza hanya pada label hitam serta spesifikasi kamera hadapan dan belakang.

Telefon ini dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 810 5G 6nm, menggunakan RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2. Storan boleh diluaskan menggunakan kad mikroSD sehingga 1TB.

Skrinnya lebih besar, berukuran 6.6-inci HD Penuh jenis LCD, bersama kadar penyegaran 90Hz dinamik dan kadar sentuhan 240Hz. Pengimbas capjarinya ada di sisi.

Kamera hadapan 13MP F2.4 terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Kamera utama di belakang bukan lagi 108MP, tetapi menggunakan sensor 50MP F1.8. Dua lagi kamera belakang adalah kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4.

Tenaganya disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Paling penting, pengecas 33W dan kabel USB-C disertakan di dalam kotak.

Redmi Note 11S 5G turut memiliki sistem bunyi stereo. Di samping itu, ia mengekalkan jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah. Xiaomi juga menyatakan peranti ini kalis percikan air IP53.

Ada 3 warna disediakan untuk telefon ini iaitu hitam, biru dan putih.

Spesifikasi Redmi Note 11 Pro+ 5G

Bagi Redmi Note 11 Pro+ 5G, ia adalah telefon yang sama dengan Redmi Note 11 Pro 5G tetapi ada sedikit perbezaan pada cip pemproses, kuasa mengecas dan kapasiti bateri. Rekaan badan dan spesifikasi kamera adalah serupa.

Kuasa Redmi Note 11 Pro+ 5G digerakkan oleh cip Mediatek Dimensity 920 6nm, berbeza dengan Snapdragon 695 di Redmi Note 11 Pro 5G. RAM daripada jenis LPDDR4x dan storan pula UFS 2.2. Kad mikroSD sedia diterima untuk storan tambahan menerusi slot hibrid.

Skrin yang serupa di telefon ini adalah skrin AMOLED 6.67-inci, berkadar penyegaran 120Hz dan resolusi HD Penuh. Ia ada tahap kecerahan setinggi 700nits dan kecerahan puncak mencecah 1,200nits. Kaca Corning Gorilla Glass 5 melapisi bahagian luar skrin. Pengimbas capjari masih di sisi bersama butang kuasa, tidak di dalam skrin AMOLED.

Gandingan tiga kamera belakang yang dikekalkan adalah kamera utama 108MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2. dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP, dimuatkan di dalam lubang kecil di bahagian atas skrin.

Bateri lebih kecil dipasang ke dalam Redmi Note 11 Pro+ 5G, berkapasiti 4,500mAh sahaja tetapi menyokong pengecasan lebih pantas Xiaomi HyperCharge 120W. Xiaomi menyatakan ia boleh mengecas penuh dalam masa 15 minit sahaja. Usah risau, pengecas 120W dan kabel USB-C ada disediakan di dalam kotak.

Sistem bunyi stereo terdapat pada telefon ini, dengan pembesar suaranya ditala oleh pakar audio terkemuka, JBL. Ia menyokong teknologi Dolby Atmos dan Hi-Res Audio. jek audio 3.5mm turut masih ada padanya, bersama pemancar infra merah.

Xiaomi juga menyatakan peranti ini kalis percikan air IP53. Ada 3 warna disediakan untuk telefon ini iaitu Kelabu, Biru dan Hijau.

Bacaan Berkaitan

  • Poco M3 Pro merampas takhta telefon 5G paling murah di Malaysia
  • Poco M4 Pro 5G miliki banyak naik taraf, bukan lagi telefon 5G termurah
  • Siri Redmi Note 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: Redmi Note 11 Pro Plusredmi note 11sxiaomiXiaomi Redmi Note 11 Pro PlusXiaomi Redmi Note 11S
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi lancar dua model baru 5G bagi siri Redmi Note 11, versi termahal ada pengecas 120W di dalam kotak

Xiaomi lancar dua model baru 5G bagi siri Redmi Note 11, versi termahal ada pengecas 120W di dalam kotak

29 March 2022
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER