• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penggunaan MySejahtera bakal dimansuhkan tidak lama lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:23 pm
  • 30/03/2022
  • Komen
Penggunaan MySejahtera bakal dimansuhkan tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi MySejahtera mula diperkenalkan kepada penduduk di Malaysia sekitar pertengahan tahun 2020. Ia dibangunkan oleh kerajaan untuk bantu mengawasi penularan wabak COVID-19 di dalam negara. Tapi, sampai bila agaknya masyarakat perlu gunakan aplikasi ini?

Dalam satu temubual media, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata penggunaan aplikasi MySejahtera mungkin akan dimansuhkan dalam beberapa bulan lagi sekiranya keadaan kes di Malaysia sudah stabil. Walaupun negara berada dalam fasa peralihan ke endemik, penggunaan aplikasi MySejahtera masih diperlukan bagi tujuan kesihatan awam. Menurutnya lagi, aplikasi berkenaan bukan bertujuan untuk merekodkan lokasi pengguna, sebaliknya untuk mengesan kontak rapat kes positif Covid-19 bagi tindakan susulan.



Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah kongsikan SOP bagi peralihan ke fasa endemik COVID-19 bermula 1 April. Salah satunya ialah penggunaan MySejahtera masih diwajibkan. Orang ramai perlu lakukan daftar masuk sesebuah lokasi di MySejahtera. Tapi, ia dikecualikan untuk kawasan terbuka.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai berkata, apabila Malaysia beralih ke fasa endemik Covid-19, fungsi pengesanan kontak rapat MySejahtera tidak lagi berguna. Namun baginya, memandangkan MySejahtera diterima secara meluas, ia boleh dimanfaatkan bagi kegunaan lain dan diguna semula kelak sekiranya wabak lain melanda.



Menurutnya, aplikasi tersebut juga boleh digunakan untuk mengurus rekod kesihatan peribadi kerana ia telah dipautkan kepada ID individu. Jika cadangan ini direalisasikan, tentunya individu tidak perlu lagi membawa buku rekod kesihatan fizikal ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan. Malah mana-mana pihak perubatan juga akan lebih mudah untuk mengakses rekod pesakit.

Di samping itu, baru-baru ini aplikasi MySejahtera dilanda kontroversi apabila ia didakwa dijual oleh kerajaan, kepada pihak swasta beserta dengan data jutaan rakyat Malaysia. Namun, YB KJ sudahpun menjamin data di platform itu selamat dan ia tidak boleh dikongsi oleh KKM dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

[Sumber: Sinar, MalaysiaKini]

Tags: mysejahtera
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penggunaan MySejahtera bakal dimansuhkan tidak lama lagi

Penggunaan MySejahtera bakal dimansuhkan tidak lama lagi

30 March 2022
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER