• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selangor pantau jalan rosak guna drone, aktifkan Facebook Protect & Google Play berhenti jual filem| SBM #61

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:40 pm
  • 30/03/2022
  • Komen
Selangor pantau jalan rosak guna drone, aktifkan Facebook Protect & Google Play berhenti jual filem| SBM #61
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang dikupaskan ialah, Motorola lancarkan telefon 5G bawah seribu ringgit? Kenapa kena aktifkan Facebook Protect? Sistem apa yang kerajaan Selangor bangunkan untuk pantau dan pulihkan jalan rosak? dan banyak lagi berita lain yang dikongsikan.

1. Moto G51, telefon 5G mampu milik di bawah RM1,000

Motorola hadir dengan telefon pintar 5G mampu milik, Moto G51. Ia mula dijual pada 31 Mac 2022 dengan harga RM899. Telefon pintar kelas permulaan ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 480 Pro, yang menyokong rangkaian 5G, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB.



Spesifikasi penuh di sini.

2. Aktifkan Facebook Protect sekarang, elak di log keluar dari akaun masing-masing

Pada awal bulan Mac, ada pengguna Facebook terima e-mel bertajuk “Your account requires advanced security from Facebook Protect” yang dihantar dari alamat [email protected]. Ia nampak seperti e-mel scam sebab penerima perlu hidupkan ciri itu melalui pautan dalam e-mel. Ia juga perlu dilakukan pada tarikh tertentu. Bagi yang tak aktifkannya pada tarikh yang ditetapkan, mereka telah dikeluarkan daripada akaun Facebook dan hadapi masalah untuk log masuk semula.



Berita lanjut di sini.

3. Selangor guna drone untuk pantau jalan rosak

Kerajaan Selangor umum sedang bangunkan sistem Smart Road Asset Management System (Srams) untuk pantau, mengenal pasti, dan membaik pulih jalan rosak dengan lebih cekap dan berkesan.Teknologi dron dan kamera 360 darjah juga akan digunakan bagi mengenal pasti isu jalan raya secara automatik.

Berita penuh di sini.

4. Google Play berhenti jual filem bermula Mei, semua akan dipindahkan ke Google TV

Google umum bahawa mereka tidak akan menjual filem di Google Play bermula bulan Mei, 2022. Selepas tarikh itu, pengguna perlu dapatkan filem yang dimahukan daripada aplikasi Google TV.

Maklumat penuh di sini.

5. Realme GT2 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme perkenalkan Realme GT2 Pro. Harga jualannya di Malaysia adalah RM2,999. Kuasa di Realme GT2 Pro diperoleh menerusi cip Snapdragon 8 Gen 1 4nm. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB. 

Spesifikasi penuh di sini.

6. ASUS ROG Flow Z13: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tablet berprestasi tinggi keluaran Asus Republic of Gamers (ROG) telah dilancarkan di Malaysia. Ketebalannya cuma 12mm dan berat hanya 1.1kg. Tablet ROG Flow Z13 telah mula dijual di Malaysia pada 23 Mac 2022. Ia hadir dalam dua varian dan turut ada pilihan beli bersama ROG XG Mobile tapi mula dijual pada bulan April 2022.

Berita lanjut di sini.

7. Realme Narzo 50 dan 50A Prime: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme Malaysia umum ketibaan Narzo 50 dan Narzo 50A Prime. Harga jualan serendah RM629. Cip Mediatek Helio G96 menjadi kuasa utama di Realme Narzo 50. Kuasa penggerak utama Narzo 50A Prime pula adalah cip Unisoc T612 8-teras 12nm.

Spesifikasi dan harga di sini.

Tags: asus rog flow z13FacebookGoogle Playstoregoogle tvMoto G51Narzo 50Narzo 50A Primerealme gt2 proSelangor
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Selangor pantau jalan rosak guna drone, aktifkan Facebook Protect & Google Play berhenti jual filem| SBM #61

Selangor pantau jalan rosak guna drone, aktifkan Facebook Protect & Google Play berhenti jual filem| SBM #61

30 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER