• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Play berhenti jual filem bermula Mei, semua akan dipindahkan ke Google TV

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:45 pm
  • 24/03/2022
  • Komen
Google Play berhenti jual filem bermula Mei, semua akan dipindahkan ke Google TV
Share on FacebookShare on Twitter

Google Play dilancarkan pada tahun 2012. Ia menempatkan semua kandungan Google antaranya ialah aplikasi dan permainan Android, muzik, buku dan filem. Tapi, syarikat itu umumkan bahawa mereka tidak akan menjual lagi filem di Google Play bermula bulan Mei, 2022. Sebaliknya, pengguna perlu dapatkan filem dan rancangan yang dimahukan daripada aplikasi Google TV.

Menurut halaman sokongan Google Play, pengguna boleh dapatkan pengalaman yang sama seperti di Google Play apabila mereka akses semua filem yang disediakan di Google TV. Dalam masa yang sama, pengguna masih boleh lihat dan minta bayaran balik untuk pembelian yang dilakukan di Google Play melalui Google TV. Selain itu, untuk sebarang pembelian di Google TV, pengguna boleh gunakan kad kredit atau kad hadiah untuk lakukan transaksi bayaran.



Anda boleh muat turun aplikasi Google TV di sini. Pilihan filem yang disediakan, adalah sama seperti yang ditawarkan di Google Play. Antaranya ialah Spider-Man: No Way Home, No Time To Die, Sing 2, Maleficent dan Encanto.

Anda boleh sewa dan boleh juga belinya terus, sama seperti di Google Play. Untuk menyewa, tempoh menonton akan tamat selepas 30 hari atau 48 jam selepas anda mula menontonnya.



Sebagai alternatif, jika anda mahu tonton filem atau kandungan lain yang menarik, anda boleh langgan Netflix dengan harga serendah RM17 sebulan. Jika berkeinginan menonton drama melayu, anda boleh akses 4 platform ini. Sekiranya mahu menonton program sukan, bolehlah langgan Sooka.

Selain Google Play, Apple juga memecahkan jualan kandungannya di platform yang berbeza. Untuk dapatkan pelbagai aplikasi, pengguna boleh temuinya di App Store. Manakala muzik ada di dalam iTunes. Bagi filem dan rancangan TV pula ia tersedia di Apple TV dan buku ada di dalam Apple Books.

[Sumber: TheVerge, Google Play Help]

Tags: Google Playstore
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Play berhenti jual filem bermula Mei, semua akan dipindahkan ke Google TV

Google Play berhenti jual filem bermula Mei, semua akan dipindahkan ke Google TV

24 March 2022
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN