• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Kit Ramadan 2022 untuk telefon anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:52 am
  • 05/04/2022
  • Komen
Kit Ramadan 2022 untuk telefon anda
Share on FacebookShare on Twitter

Ramadan 2022 membawakan beberapa kelainan. Lebih ramai boleh menyertai solat Tarawih di masjid dan lebih banyak bazar Ramadan dibuka untuk dikunjungi. Dalam anda menempuhi Ramadan yang mencabar ini, selain badan, anda turut boleh memperlengkap telafon anda dengan beberapa APP yang boleh membantu anda untuk sebulan yang akan datang.

Ini adalah tips dan tricks untuk telefon anda sepanjang Ramadan 2022.



Tadarus

Dalam bulan Ramadan, kita digalakkan untuk bertadarus. Kalau anda tidak mahu membawa al-Quran kehulu kehilir takut-takut ia rosak, anda boleh membawa al-Quran versi digital dalam telefon anda. Salah satu APP yang ingin saya cadangkan adalah Quran Majeed.

Dalam edisi terdahulu, kami sarankan Bayan Quran tapi nampaknya pembangun APP itu telah tiada dan kita terpaksa mencari alternatif lain.



Saya sukakan Bayan Quran sebab ia bebas iklan, namun mungkin sebab itu ia ketandusan nada untuk terus beroperasi. Berbanding di Quran Majeed, walaupun ia APP percuma, ia didatangkan dengan iklan tapi anda boleh beli pas premium untuk buang iklannya.

Ada tiga jenis pembelian boleh anda pilih iaitu:

  • RM4.49/bulan
  • RM34.99/tahun
  • RM61.99 seumur hidup

Harganya sangat munasabah sebab dalamnya ada macam-macam fungsi. Antaranya ialah:

  • Bookmark anda di-sync-kan ke semua peranti selagi anda melog masuk menggunakan akaun yang sama.
  • Audio bacaan dari 21 qari berbeza dan boleh dimuat turun untuk didengari apabila diluar talian.
  • Antaramuka (UI) yang mesra dan reponsif.
  • Terjemahan dan cara bacaan fonetik untuk membantu memahami dan membaca sesuatu ayat.
  • UI ada dalam Bahasa Melayu

Muat turun Quran Majeed untuk Android dan iOS.

Untuk tahu

Untuk tahun 2022, saya temui satu lagi APP al-Quran yang menarik untuk anda cuba. Namanya adalah Great Quran. Menurut laman pembangun, ini adalah al-Quran digital pertama yang menerima akreditasi Jawatankuasa Mushaf Al-Azhar. Lebih menarik, perisian ini adalah percuma dan lengkap ciri-cirinya.

Anda dapat al-Quran dengan font yang biasa kita jumpa pada naskah fizikal. Terjemahan Bahasa Melayu tiada tapi anda ada terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, anda boleh dengarkan bacaan daripada 7 pembaca terkenal dan bacaan boleh juga dimuat turun untuk didengari bila anda tiada sambungan Internet.

Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan APP Great Quran di platform Andorid dan iOS.

Tarawih

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudahpun mengeluarkan garis panduan untuk acara keagamaan dan pihak berkuasa Islam setiap negeri akan menyesuaikannya dengan keadaan di negeri itu.

SOP yang telah diterbitkan beberapa pihak berkuasa agama setiap negeri hampir sama, cumanya untuk Negeri Sembilan, mereka mewajibkan jemaah untuk membawa sejadah berukuran 2×4 kaki dan yang dirapatkan adalah sejadah, bukannya Jemaah.

Sementara menunggu tarawih pertama 2 April 2022 ini, berikut adalah senarai pautan yang mengandungi protokol sambutan Ramadan tahun 2022:

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Perak
  8. Perlis
  9. Pulau Pinang
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Wilayah Persekutuan

Sahur/Iftar

Waktu Berbuka, Imsyak dan Sahur boleh disemak melalui beberapa saluran. Yang paling tepat adalah di laman e-solat kelolaan JAKIM kerana maklumat waktu solat disini dicerap oleh pihak berautoriti. Jika anda ingin memasukkan widget pada laman pemuka telefon, APP Noor yang diterbitkan oleh Neelofa adalah satu APP yang baik.

Muat turun The Noor di Android ataupun iOS.

Pertama sekali adalah antara mukanya (UI) bersih dan bebas iklan. Ia mudah digunakan dan ada paras intuitif yang tinggi. Data waktu solatnya selari dengan JAKIM jadi anda tak perlu rasa was-was. Selain waktu solat, ada juga fungsi mencari kiblat, lokasi masjid/surau untuk anda manfaatkan.

Buat yang susah bersahur, anda mungkin memerlukan APP tambahan untuk mengejutkan anda kerana pengera biasa amat mudah untuk dimatikan tetapi bukan Alarmy.

Alarmy adalah APP pengera yang pernah mendpat anugerah pengera paling menjengkelkan di dunia. Mematikan pengera pada APP ini bukanlah seperti yang disangka. Anda perlu melakukan siri tugasan khas semata-mata untuk memberhentikan bunyi bising pengera. Akibatnya, anda terus hilang mamai dan bersedia untuk bersahur.

Muat turun Alarmy di Android dan iOS.

Tags: ramadanRamadhan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kit Ramadan 2022 untuk telefon anda

Kit Ramadan 2022 untuk telefon anda

5 April 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER