• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Samsung Smart Monitor M8 cecah RM3000, tempahan awal ada hadiah bernilai RM947

  • OLEH Najib
  • 11:44 am
  • 05/04/2022
  • Komen
Harga Samsung Smart Monitor M8 cecah RM3000, tempahan awal ada hadiah bernilai RM947
Share on FacebookShare on Twitter

Model terbaru monitor pintar Samsung kini telah diketahui harganya. Samsung Smart Monitor M8 dengan keluasan paparan 32-inci dan ada kamera di atasnya, dijual di Malaysia pada harga:

  • Samsung Smart Monitor M8 32″ – RM3,488

Di samping itu, Samsung turut mengingatkan orang ramai bahawa mereka ada dua lagi model monitor pintar dengan beberapa saiz paparan, iaitu:



  • Samsung Smart Monitor M7 43″ – RM3,288
  • Samsung Smart Monitor M7 32″ – RM2,088
  • Samsung Smart Monitor M5 32″ – RM1,688
  • Samsung Smart Monitor M5 27″ – RM1,538

Samsung turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM947 untuk pembeli monitor pintar ini dalam masa terhad. Hadiah yang disediakan berupa:

  • Samsung Smart Monitor M8 – PERCUMA Smart Keyboard Trio 500 + Bluetooth Mouse Slim + Samsung Buds Live
  • Samsung Smart Monitor M7 – PERCUMA Smart Keyboard Trio 500 + Bluetooth Mouse Slim
  • Samsung Smart Monitor M8 – PERCUMA Smart Keyboard Trio 500

Jika berminat mendapatkan, anda boleh mengunjungi laman web Samsung Malaysia untuk membuat tempahan.



Spesifikasi Samsung Smart Monitor M8

Samsung Smart Monitor sangat mirip dengan TV Pintar. Ini kerana ia ada sistem operasi sendiri dan boleh menjalankan aplikasi, lengkap dengan pembesar suara. Apa yang membezakan adalah panel yang lebih baik, tinggi resolusi dan cerah.

Bagi Smart Monitor M8, ia berukuran 32-inci dengan resolusi Ultra HD 4K, menawarkan warna gamut sRGB 99% yang menyokong 1.07 bilion warna dengan kecerahan setinggi 400 nits. Kelainan yang tampil pada model ini adalah ia ada kamera web mudah alih yang melekat secara magnetik. Ini membolehkan panggilan video dibuat terus padanya tanpa perlu disambung ke komputer.

Badan Smart Monitor M8 sangat nipis, dengan ketebalan hanya 11.4mm iaitu 3/4 nipis berbanding model sebelum ini. Pelbagai sambungan berwayar dan wayarles terdapat padanya, serta port USB-C yang mampu mengeluarkan tenaga 65W untuk mengecas pelbagai peranti termasuk laptop.

Untuk model lama Smart Monitor M7 dan M5, anda boleh kenali lebih lanjut menerusi video kami di bawah ini:

Bacaan Berkaitan

  • Samsung buka tempahan pembelian Smart Monitor dengan harga promosi, ini maklumatnya
  • [Reviu] Samsung Smart Monitor M5 & M7: Ini solusi kepada ruang kerja yang kemas
  • Samsung perkenal monitor 4K pertama dunia dengan refresh rate 240Hz
Tags: samsungsamsung smart monitor m8
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Harga Samsung Smart Monitor M8 cecah RM3000, tempahan awal ada hadiah bernilai RM947

Harga Samsung Smart Monitor M8 cecah RM3000, tempahan awal ada hadiah bernilai RM947

5 April 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN