• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Xiaomi 12 256GB berharga RM2,599 bukan berita palsu

  • OLEH Najib
  • 1:14 pm
  • 06/04/2022
  • Komen
PROMO: Xiaomi 12 256GB berharga RM2,599 bukan berita palsu

Xiaomi 12

Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari telefon pintar kompak berkuasa tinggi, Xiaomi 12 adalah salah satu pilihan terbaik di Malaysia sekarang. Tetapi anda tahu apa yang lebih baik? Telefon pintar Xiaomi 12 dengan storan besar 256GB boleh dibeli dengan diskaun RM400 dari harga asal! Ia adalah harga promosi yang sama dengan Realme GT2 Pro dan Motorola Edge 30 Pro, peranti yang semuanya dikuasakan cip terhebat Snapdragon 8 Gen 1.

Siri Xiaomi 12 baru sahaja dilancarkan di Malaysia bulan lepas dan model kecil dengan skrin 6.28-inci ini diletakkan harga rasmi RM2,899 untuk storan 128GB dan RM2,999 bagi storan 256GB. Salah satu pengedar Xiaomi di Sunway eMall, telah menyenaraikan Xiaomi 12 256GB dengan diskaun RM200, tetapi ada cara untuk anda membelinya dengan diskaun RM400.



Sunway eMall kini mengadakan promosi istimewa untuk Xiaomi 12 256GB, berjalan dari 4-10 April 2022,iaitu diskaun RM400 jika menggunakan kod promosi XIAOMI12. Apa yang anda perlu lakukan ialah, pergi ke laman web Sunway eMall dan daftar akaun percuma di sana. Buat pembelian Xiaomi 12 256GB dan sebelum membayar, masukkan kod XIAOMI12 dan harga RM2,599 akan dipaparkan. Ingat, kena ada akaun Sunway eMall baru boleh dapat diskaun ini.

Kos penghantaran adalah percuma dan anda juga akan menerima mata ganjaran Sunway Pals sebanyak 1,399.50 apabila membeli Xiaomi 12 256GB. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit, perbankan dalam talian serta eWallet seperti Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.



Spesifikasi Xiaomi 12

Xiaomi 12 adalah peranti kompak kelas flagship, memiliki kuasa Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Tiada penggunaan RAM maya dan tiada juga slot kad mikroSD untuk meluaskan storan.

Badan kecilnya memiliki skrin berukuran 6.28-inci, jenis AMOLED HD Penuh dan kadar penyegaran adaptif 120Hz. Kaca Corning Gorilla Glass Victus melindungi lapisan luar dan pengimbas capjari pula terdapat di dalam skrin.

Sistem tiga kamera digunakan di belakang, gabungan kamera utama 50MP F1.88, kamera ultra lebar 13MP F2.4 dan kamera telemakro 5MP dengan autofokus. Tiada kamera telefoto. Di hadapan pula menggunakan kamera 32MP F2.45 yang terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Bateri berkapasiti besar, 4,500mAh dipasang ke dalam telefon ini. Xiaomi menyatakan, ia adalah kapasiti bateri paling padat dimuatkan di dalam telefon yang sangat kompak. Tenaga mengecas yang tinggi turut disokong, sehinga 67W berwayar dan 50W wayarles.

Sistem bunyi stereo menerusi dwi speaker yang menembak ke tepi, digunakan pada Xiaomi 12. Ia juga ditala oleh pakar bunyi antarabangsa, Harman Kardon dan menyokong sistem bunyi sekeliling Dolby Atmos.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Xiaomi 12 di Malaysia iaitu kelabu, ungu dan biru. Sistem operasi terbaru MIUI 13 berasaskan Android 12 dipasang pada Xiaomi 12. Ini menjadikan ia dijamin menerima kemaskini OS sehingga Android 15.

Tags: sunwaySunway eMallxiaomiXiaomi 12
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
PROMO: Xiaomi 12 256GB berharga RM2,599 bukan berita palsu

PROMO: Xiaomi 12 256GB berharga RM2,599 bukan berita palsu

6 April 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER