• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 12 dan 12 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:37 am
  • 16/03/2022
  • Komen
Xiaomi 12 dan 12 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti flagship Xiaomi dengan kuasa terbaru cip Snapdragon 8 Gen 1 telah tiba di Malaysia. Hari ini Xiaomi melancarkan siri Xiaomi 12 ke pasaran antarabangsa dan Malaysia termasuk dalam negara terawal ia dijual.

Siri Xiaomi 12 telah dilancarkan di China pada akhir tahun lepas, dengan tiga model diperkenal dalam siri ini. 3 model yang sama turut diumumkan dalam pelancaran antarabangsa ini. Tetapi hanya ada dua model akan dijual di Malaysia iaitu Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro. Tiada Xiaomi 12X.



Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12

Harga jualan dan promosi

Bagi siri Xiaomi 12 di Malaysia, pembeli akan turut menerima perkhidmatan VIP yang disediakan khas untuk peranti premium terbaru ini iaitu:

  • 1 kali penggantian skrin dalam 6 bulan pertama
  • Jaminan selama 2 tahun
  • Naik taraf sistem operasi Android sebanyak 3 kali
  • Kemaskini keselamatan selama 4 tahun

Jaminan naik taraf Android dan kemaskini keselamatan ini pasti boleh meyakinkan pembeli kerana dapat menggunakan peranti untuk jangka masa lebih lama, tanpa ketinggalan ciri terbaru dan masalah keselamatan sentiasa dibaiki.



Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Xiaomi 12 (RAM 8GB + storan 128GB) – RM2,899
  • Xiaomi 12 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,999
  • Xiaomi 12 Pro (RAM 12GB + storan 256GB) – RM3,899

Tempahan awal untuk siri Xiaomi 12 akan dibuka dari 15 hingga 23 Mac 2022 di kedai fizikal Xiaomi Store, Senheng, senQ, Urban republic, serta di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Khas untuk pembeli Xiaomi 12 256GB dan Xiaomi 12 Pro 256GB dalam tempahan awal, mereka turut menerima hadiah percuma berupa pembesar suara Xiaomi Soundbar 3.1 bernilai RM1,499. Hadiah ini akan dihantar ke rumah selepas peranti diterima.

Spesifikasi Xiaomi 12

Xiaomi 12 adalah peranti kompak kelas flagship, memiliki kuasa Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Tiada penggunaan RAM maya dan tiada juga slot kad mikroSD untuk meluaskan storan.

Badan kecilnya memiliki skrin berukuran 6.28-inci, jenis AMOLED HD Penuh dan kadar penyegaran adaptif 120Hz. Kaca Corning Gorilla Glass Victus melindungi lapisan luar dan pengimbas capjari pula terdapat di dalam skrin.

Sistem tiga kamera digunakan di belakang, gabungan kamera utama 50MP F1.88, kamera ultra lebar 13MP F2.4 dan kamera telemakro 5MP dengan autofokus. Tiada kamera telefoto. Di hadapan pula menggunakan kamera 32MP F2.45 yang terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Bateri berkapasiti besar, 4,500mAh dipasang ke dalam telefon ini. Xiaomi menyatakan, ia adalah kapasiti bateri paling padat dimuatkan di dalam telefon yang sangat kompak. Tenaga mengecas yang tinggi turut disokong, sehinga 67W berwayar dan 50W wayarles.

Sistem bunyi stereo menerusi dwi speaker yang menembak ke tepi, digunakan pada Xiaomi 12. Ia juga ditala oleh pakar bunyi antarabangsa, Harman Kardon dan menyokong sistem bunyi sekeliling Dolby Atmos.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Xiaomi 12 di Malaysia iaitu kelabu, ungu dan biru. Sistem operasi terbaru MIUI 13 berasaskan Android 12 dipasang pada Xiaomi 12. Ini menjadikan ia dijamin menerima kemaskini OS sehingga Android 15.

Spesifikasi Xiaomi 12 Pro

Telefon yang lebih hebat dan besar ini menggunakan cip yang sama, Snapdragon 8 Gen 1, bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Tiada juga slot kad mikroSD pada Xiaomi 12 Pro.

Skrinnya bukan sahaja lebih besar, berukuran 6.73-inci jenis AMOLED LTPO tetapi lebih baik dengan resolusi lebih tinggi WQHD (3200×1400) dan kadar penyegaran adaptif 120Hz. Tahap kecerahan mencapai 1,000nits dan kecerahan tertinggi mencecah 1,500nits. Kaca Corning Gorilla Glass Victus melindungi lapisan luar dan pengimbas capjari pula terdapat di dalam skrin.

Kamera juga lebih hebat di Xiaomi 12 Pro, gandingan tiga kamera 50MP iaitu kamera utama 50MP F1.9, kamera ultra lebar 50MP F2.2 dan kamera telefoto 50MP F1.9. Kamera hadapan 32MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Bateri hanya besar sedikit, 4,600mAh tetapi ada kuasa mengecas lebih tinggi 120W. Ia sama seperti di Xiaomi 11T Pro. Kuasa mengecas wayarles pula sehingga 50W.

Xiaomi juga memasang sistem bunyi lebih baik di Xiaomi 12 Pro, menerusi empat pembesar suara stereo iaitu sepasang twitter dan woofer. Ia juga ditala oleh pakar bunyi antarabangsa, Harman Kardon dan menyokong sistem bunyi sekeliling Dolby Atmos.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Xiaomi 12 di Malaysia iaitu kelabu, ungu dan biru. Sistem operasi terbaru MIUI 13 berasaskan Android 12 dipasang pada Xiaomi 12 Pro. Ini menjadikan ia dijamin menerima kemaskini OS sehingga Android 15.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 12 dicerap lebih kompak berbanding iPhone 13
  • Xiaomi 12: 6 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang siri ini
  • Siri Redmi Note 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Xiaomi atasi Samsung sebagai pengedar telefon pintar terbanyak di Malaysia
Tags: xiaomiXiaomi 12xiaomi 12 pro
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Xiaomi 12 dan 12 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Xiaomi 12 dan 12 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

16 Mac 2022
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

30 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER