• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter sedang usahakan ciri yang telah dinanti ramai

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:00 pm
  • 06/04/2022
  • Komen
Twitter sedang usahakan ciri yang telah dinanti ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila ada kesalahan pada tweet di Twitter, contohnya salah ejaan atau salah perkataan, pengguna tiada pilihan untuk betulkannya melainkan padam tweet itu dan tulis yang baru. Anda pernah tak lalui situasi itu? Saya sendiri pernah laluinya dan mengharapkan ada butang edit di Twitter bagi memudahkan kerja.

Kini, Twitter telah umumkan bahawa mereka akan benarkan pengguna menyunting semula tweet selepas ia disiarkan. Tapi, mereka akan uji ciri ini kepada pelanggan Twitter Blue terlebih dahulu.



👀 pic.twitter.com/I13wE3eLdn

— Twitter Comms (@TwitterComms) April 5, 2022

Jay Sullivan, Naib Presiden produk pengguna Twitter, berkata bahawa edit telah menjadi ciri yang paling diminta pengguna selama bertahun-tahun. Menurutnya, tanpa perkara seperti had masa, kawalan dan ketelusan tentang perkara yang telah disunting, ciri ini boleh disalahguna untuk mengubah rekod perbualan awam. Oleh itu, menjadi keutamaan mereka untuk melindungi integriti perbualan awam apabila membangunkan ciri ini.

3/ Without things like time limits, controls, and transparency about what has been edited, Edit could be misused to alter the record of the public conversation. Protecting the integrity of that public conversation is our top priority when we approach this work.

— Jay Sullivan (@jaysullivan) April 5, 2022

Bekas CEO Twitter, Jack Dorsey, sebelum ini tidak mahu menambah ciri edit di Twitter. Dia bimbang butang itu disalahguna dan pengguna akan mengubah makna tweet selepas ia dikongsi secara meluas. Kemudian pada tahun 2020, dia berkata bahawa Twitter mungkin tidak akan menambah ciri itu. Nampaknya Jack Dorsey mahu menjaga integriti tweet sejak dahulu lagi.



Tapi, perkara tersebut berubah selepas Parag Agrawal menjadi CEO Twitter. Akaun rasmi Twitter pada 2 April ada menyatakan bahawa mereka sedang mengusahakan butang edit.

we are working on an edit button

— Twitter (@Twitter) April 1, 2022

Ciri seperti ini sudah lama ada pada platform saingannya iaitu Facebook dan Instagram. Setiap kenyataan yang sudah dikongsikan masih boleh disunting tanpa ada had masa. Tapi, menurut bekas ketua pegawai keselamatan Meta, Alex Stamos, ciri penyuntingan Facebook telah disalahgunakan pada masa lalu, dalam satu kes untuk membantu penipuan mata wang kripto. Ada baik dan ada buruknya juga ciri ini. Tapi disebabkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna, mungkin Twitter tetap akan lancarkannya juga secara meluas.

[Sumber: TheVerge]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Twitter sedang usahakan ciri yang telah dinanti ramai

Twitter sedang usahakan ciri yang telah dinanti ramai

6 April 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN