• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom Pasang Terus, tawar pemasangan jalur lebar tetap hari yang sama di Sabah dari serendah RM59/bulan

  • OLEH Najib
  • 12:05 pm
  • 07/04/2022
  • Komen
Celcom Pasang Terus, tawar pemasangan jalur lebar tetap hari yang sama di Sabah dari serendah RM59/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Warga Sabah boleh mendapatkan pemasangan internet jalur lebar dengan segeara, apabila Celcom melancarkan kempen ‘Pasang Terus‘. Dengan kempen ini, pelanggan Celcom di kawasan terpilih di Sabah boleh mendapat pemasangan Celcom Home Fibre pada hari yang sama, tanpa perlu membuat janji temu.

Celcom juga menawarkan promosi menarik. Pelanggan boleh menggabungkan pelan Celcom Home Fibre bersama pelan pascabayar Celcom Xpax dan membayar dari serendah RM119 sahaja. Terdapat juga rebat sehingga 3 bulan untuk pelan terpilih.



Menariknya, Celcom menawarkan pelan 200Mbps pada harga RM120/bulan. Atau gabungkan dengan pelan pascabayar Xpax pada harga RM180/bulan sahaja. Semua pelan Celcom Home Fibre datang bersama Router AX WiFi 6 percuma. WiFi Mesh pula diberikan percuma untuk pelan 500Mbps dan 1Gbps.

Bagi memudahkan mereka yang berminat untuk mendapat pelan ini, Celcom akan menggerakkan Trak Bluecube Celcom di beberapa kawasan perumahan di Sabah. Di sini, pendaftaran pelan Celcom Home Fibre boleh dilakukan dan pemasangan dapat dibuat pada hari yang sama juga.



Jadual pergerakan Trak Bluecube Celcom adalah seperti berikut:

  • 2 & 3 April – Country Heights, Penampang
  • 9 & 10 April – Beverly Hills Phase 5, Penampang
  • 13 & 14 April – Pekan Tenom Commercial, Tenom
  • 23 & 24 April – Taman D’Sri Gayang, Tuaran
  • 7 & 8 Mei – Taman BDC, Kolombong
  • 14 & 15 Mei – Taman Sri Panglima, Beaufort
  • 21 & 22 Mei – Angkasa Apartment, Kota Kinabalu
  • 28 & 29 Mei – PPR Ehsan, Kudat
  • 4 & 5 Jun – Taman Sri Balung, Tawau
  • 11 & 12 Jun – Taman Perdana, Lahad Datu
  • 18 & 19 Jun – Embara Budi, Felda Sahabat
  • 25 & 26 Jun – Taman Mesra, Sandakan

Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, “Kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan rangkaian yang konsisten dan boleh dipercayai untuk rakyat Malaysia dengan liputan terluas. Selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta kerjasama dengan pihak industri, kami amat mementingkan penambahbaikan buat rangkaian kami di Sabah dan Sarawak. Dengan pelancaran rangkaian baharu, kami menyasarkan untuk meningkatkan liputan populasi 4G LTE kami kepada 85% untuk Sabah manakala 92% untuk Sarawak menjelang akhir tahun 2022.

“Penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak termasuklah memodenkan perkhidmatan rangkaian kami dengan menggunakan teknologi hujung ke hujung seperti 16T16R multiple-input dan multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain. Dengan penambahbaikan tersebut, bersama – sama dengan rangkaian teras khusus untuk Sabah dan Sarawak, ia bertujuan untuk memberi pengalaman yang lebih baik untuk semua pengguna Celcom,” tambah Idham.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom Home Fibre Sabah Promotion.

Bacaan Berkaitan

  • Pascabayar Xpax dinaik taraf, lebih banyak data pantas dan internet tanpa had dengan 2 tahap FUP
  • Celcom dinobat penyedia liputan mudah alih terluas di Malaysia tahun 2021
  • Celcom menawarkan peranti Aqara Smart Home untuk pelanggan Home Broadband
  • Pascabayar Celcom Mega kini ada pilihan talian keluarga tanpa had data
  • Celcom Max, hanya 1 bil untuk internet di rumah dan mudah alih dengan penjimatan seumur hidup
Tags: celcomCelcom Home FibreCelcom Sabah
Najib

Najib

POPULAR

Celcom Pasang Terus, tawar pemasangan jalur lebar tetap hari yang sama di Sabah dari serendah RM59/bulan

Celcom Pasang Terus, tawar pemasangan jalur lebar tetap hari yang sama di Sabah dari serendah RM59/bulan

7 April 2022
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN