• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas Sahur Digi ada kuota 444GB hanya RM7 seminggu, prabayar dan pascabayar ada data tambahan sempena Ramadan

  • OLEH Najib
  • 2:32 pm
  • 07/04/2022
  • Komen
Pas Sahur Digi ada kuota 444GB hanya RM7 seminggu, prabayar dan pascabayar ada data tambahan sempena Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

Digi memulakan kempen mereka sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang dengan memperkenalkan promosi ‘Juara Internet Sinaranku‘. Promosi eksklusif ini menawarkan penjimatan hebat serta rebat untuk pelbagai produk Digi, sehingga 31 Mei 2022.

Pas Sahur Digi

Apa yang anda buat untuk mengisi masa sewaktu bersahur? Dengan Pas Sahur Digi, anda boleh menikmati data sebanyak 444GB pada harga RM7 sahaja, untuk digunakan selama 7 hari. Tetapi seperti namanya, ia hanya boleh digunakan waktu sahur, dari pukul 3 pagi sehingga 7 pagi sahaja.



Selain itu, Digi juga menawarkan pulangan tunai sehingga 50 peratus apabila membeli lebih banyak Pas Sahur ini.

Prabayar Digi

Pelanggan Digi baharu yang bertukar ke Digi Prepaid dengan pelan Internet NEXT 35 atau NEXT 45, boleh menikmati tambahan 5GB Internet berkelajuan tinggi secara PERCUMA selama 12 bulan. Dengan syarat, mengaktifkan pembaharuan automatik. Jadi baki kredit perlulah mencukupi.



Di samping itu, pelanggan juga akan menikmati data Sosial Tanpa Had (Tik Tok, Instagram, Facebook, Twitter) dan kuota hotspot ekstra.

Pascabayar Digi

Bagi pelan pascabayar, pelanggan Digi baharu dan sedia ada yang menaik taraf ke mana-mana pelan Digi Postpaid akan mendapat 10GB Internet ekstra selama 12 bulan. Khas untuk pelanggan Digi Postpaid 90, 120 atau 150 yang mendaftar kontrak 12-bulan, akan menikmati rebat RM15 sebulan selama 12 bulan.

Digi juga menawarkan tambahan Freedom Add-ons untuk pelan lebih rendah dalam tempoh promosi ini. Pelan Digi Postpaid 40 boleh memilih Sosial Tanpa Had PERCUMA yang biasanya hanya ditawarkan dalam Digi Postpaid 60 dan ke atas. Pelan Digi Postpaid 60 pula boleh memilih Penstriman Tanpa Had PERCUMA yang biasanya hanya ditawarkan dalam Digi Postpaid 90 dan ke atas.

Pelanggan juga boleh mendapatkan peranti dengan penjimatan tinggi menerusi Digi Pakej PowerJimat. Pelanggan baharu boleh mendapatkan Samsung Galaxy A03s pada harga RM69 (harga jualan RM559) dengan Digi Postpaid 60, dan Vivo Y76 pada harga RM399 (harga jualan RM1,299) dengan Digi Postpaid 90.

Pembelian peranti lain seperti Samsung Galaxy A13, Redmi Note 11 Pro, Oppo A16 serta banyak lagi boleh didapati tanpa kontrak di Stor Rasmi Digi di Shopee Mall. Tetapi pengguna Digi dapat menggunakan baucar RM200 GadgetFreedom Plus yang boleh ditebus di aplikasi MyDigi, untuk membeli peranti di Shopee.

Digi Fibre

Pengguna pelan pascabayar Digi yang layak, boleh menikmati tawaran berbaloi Digi Fibre sebanyak RM100 sebulan untuk Internet tanpa had hingga 300Mbps. Diskaun sebanyak RM50/bulan. Pelanggan Digi Postpaid 90 dan ke atas pula, boleh melanggan pelan 500Mbps pada harga RM130/bulan, diskaun sebanyak RM60.

Maklumat lanjut tentang tawaran Digi ini, boleh didapati dengan melayari laman web Digi Sinaranku.

Tags: digiramadan
Najib

Najib

POPULAR

Pas Sahur Digi ada kuota 444GB hanya RM7 seminggu, prabayar dan pascabayar ada data tambahan sempena Ramadan

Pas Sahur Digi ada kuota 444GB hanya RM7 seminggu, prabayar dan pascabayar ada data tambahan sempena Ramadan

7 April 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER