• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Five Guys kini dibuka di Kuala Lumpur, ada 250,000 gabungan burger dan lebih 1,000 perisa milkshake

  • OLEH Najib
  • 1:17 pm
  • 11/04/2022
  • Komen
Five Guys kini dibuka di Kuala Lumpur, ada 250,000 gabungan burger dan lebih 1,000 perisa milkshake
Share on FacebookShare on Twitter

Restoran burger dari Amerika Syarikat, Five Guys telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia tahun lepas, tetapi jauh di Genting Highlands. Kini mereka mengumumkan akan membuka cawangan kedua di Malaysia dan ia terletak di Kuala Lumpur.

Orang ramai boleh mencuba burger istimewa Five Guys di cawangan kedua mereka yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Mall, Kuala Lumpur. Ia mula dibuka hari ini, 11 April 2022 dan akan beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 10 malam di alamat:



Lot C3.06.01, Level 3, Connection, Pavilion Kuala Lumpur

Five Guys menampilkan konsep makanan segera yang segar. Daging burger yang digunakan hanya disimpan di peti ais, tidak disejuk beku menandakan ia digunakan segar setiap hari. Roti burger juga dihasilkan pada hari yang sama. Kentang goreng pula dipotong menggunakan tangan, bukan mesin dan digoreng dalam minyak kacang. Ketuhar gelombang mikro juga tidak digunakan bagi membuktikan mereka menyediakan hidangan mengikut pesanan, bukannya prasiap.

Keunikan seterusnya adalah 15 pilihan tambahan untuk burger iaitu sayur dan sos, menjadikan sehingga 250,000 gabungan pilihan burger boleh dibuat berdasarkan kegemaran pembeli. Konsep yang hampir serupa dengan Subway.



Seterusnya, Five Guys menawarkan susu kocak atau milkshake berasaskan vanila, dengan 8 pilihan untuk ditambah ke dalamnya seperti kacang dan strawberi. Ini menjadikan susu kocak Five Guys boleh diubah suai kepada lebih 1,000 jenis perisa.

Daging dan sos 100% halal

Walaupun Five Guys masih tiada sijil halal JAKIM, mereka menyatakan bahawa mereka menggunakan 100% daging dan sos halal. Tiada penggunaan sebarang produk berkaitan babi dan alkohol di dalam premis.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Five Guys Malaysia, layari laman web mereka di sini dan ikuti mereka di media sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.

Tags: five guysmakan
Najib

Najib

POPULAR

Five Guys kini dibuka di Kuala Lumpur, ada 250,000 gabungan burger dan lebih 1,000 perisa milkshake

Five Guys kini dibuka di Kuala Lumpur, ada 250,000 gabungan burger dan lebih 1,000 perisa milkshake

11 April 2022
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN