• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Diskaun sehingga RM3 isi minyak Petronas dengan Setel, apabila tambah nilai dengan GrabPay atau Touch n Go eWallet

  • OLEH Najib
  • 2:47 pm
  • 12/04/2022
  • Komen
PROMO: Diskaun sehingga RM3 isi minyak Petronas dengan Setel, apabila tambah nilai dengan GrabPay atau Touch n Go eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Setel merupakan cara mudah mengisi minyak stesen Petronas menggunakan aplikasi di telefon pintar. Anda kini boleh mendapatkan diskaun membeli kredit Setel menerusi promosi yang sedang berjalan di Grab dan Touch n Go eWallet. Jika anda cepat, anda boleh mendapatkan RM90 kredit Setel pada harga RM83.20 sahaja.

Promosi GrabPay 10%

Setel dan Grab baru sahaja mengumumkan kerjasama di mana pengguna Setel, boleh membuat tambah nilai kredit menggunakan GrabPay, dan mendapat mata ganjaran daripada kedua-dua platform. Sempena bulan Ramadan, anda boleh mendapat diskaun 10% (terhad RM3 dengan belanja minimum RM30) dengan membuat tambah nilai di Setel melalui GrabPay.



Untuk mendapatkan diskaun ini, buka apliaksi Setel, tambah nilai dompet Setel dan pilih GrabPay sebagai cara membayar. Sebelum checkout, masukkan kod promosi GRABSETEL10 dan anda akan melihat diskaun RM3 pada jumlah bayaran. Anda juga akan menerima ganjaran GrabRewards sebanyak 81 mata apabila membayar RM27 dengan GrabPay.

Promosi diskaun 10% ini berlangsung dari 12 April sehingga 2 Mei 2022, dan terhad kepada 350 tebusan setiap hari. Setiap pengguna boleh menebus hanya sekali sepanjang tempoh promosi.



Promosi Touch n Go AliPay A+

Jika anda pengguna Touch n Go eWallet, anda boleh membeli baucar setel RM30 dengan membayar RM28 sahaja tetapi ada dua langkah perlu dibuat. Di aplikasi TNG eWallet, pergi ke A+ Rewards di halaman utama.

Kemduai pergi ke Alipay+ Rewards RM1 discount voucher for RM0.10. Setiap pengguna boleh membeli dua baucar ini sepanjang tempoh promosi, selagi stok masih ada. Selepas itu, beli baucar tunai Setel RM30 yang telah diberi diskaun kepada RM29. Dengan baucar AliPay+ tadi, baucar Setel RM30 hanya perlu dibayar RM28 sahaja. Jika anda dapat membeli dua baucar diskaun AliPay+, bermakna anda boleh membeli baucar Setel RM60 pada harga RM56 sahaja. Tetapi jika masih ada stok.

Selepas membeli baucar ini, anda hanya perlu menyalin kod baucar dan memasuukkannya di dalam aplikasi Setel. Pergi ke ruangan More > Payment Methods > Voucher Top-up untuk menebus. Kredit RM30 akan dimasukkan ke dalam dompet Setel dengan segera.

Tawaran ini untuk masa terhad dengan stok yang terhad. Jadi bertindak sekarang jika anda mahu mendapatkannya.

Tags: GrabGrabPayPetronassetelTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
PROMO: Diskaun sehingga RM3 isi minyak Petronas dengan Setel, apabila tambah nilai dengan GrabPay atau Touch n Go eWallet

PROMO: Diskaun sehingga RM3 isi minyak Petronas dengan Setel, apabila tambah nilai dengan GrabPay atau Touch n Go eWallet

12 April 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

19 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN