• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerusi di Petronas bekas diduduki Lewis Hamilton ada dijual di Shopee

  • OLEH Najib
  • 12:58 am
  • 13/04/2022
  • Komen
Kerusi di Petronas bekas diduduki Lewis Hamilton ada dijual di Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Bila orang kata semua benda ada dijual di Shopee, mungkin tiada siapa menyangka bahawa kerusi plastik buruk tepi jalan juga boleh dibeli di Shopee. Kerana ia, pernah diduduki oleh pemandu kereta lumba F1 terkemuka, Sir Lewis Hamilton.

Pemandu pasukan Mercedes-AMG Petronas ini telah dikesan berada di Kuala Lumpur awal minggu ini, bersama rakan sepasukannya, George Russell. Mereka berdua dilihat berada di stesen minyak Petronas, mungkin atas urusan penggambaran untuk Petronas.



Beberapa foto peminat berkaitan Lewis kelihatan berlegar di media sosial dan antaranya menunjukkan beliau duduk di kerusi plastik. Ajaib atau tidak, gambar tersebut telah terpapar di dalam senarai jualan di Shopee bertajuk “Kerusi Bekas Tempat Duduk Pelumba Dunia F1 Lewis Hamilton (Rare Item)“.

Tambat mengejutkan adalah, kerusi itu dijual pada harga RM2,888.88 oleh limabintangautoparts, penjual di Shopee bertaraf Preferred dengan penilaian pembeli setinggi 4.9 bintang. Malah, kerusi tersebut menerima jaminan Shopee 100% asli, di mana ia menjanjikan pulangan wang jika barangan tersebut tidak asli. Tetapi, bagaimana mau mengesahkan ia adalah kerusi yang pernah diduduki oleh Lewis sendiri?



Kerusi plastik itu kelihatan seperti kerusi biasa yang digandingkan dengan meja lipat dan boleh dibeli pada harga kurang dari RM10. Dalam senarai di Shopee, dinyatakan bahawa kerusi tersebut adalah rare (jarang ditemui) kerana pernah diduki oleh Lewis Hamilton. Malah, ia ada bekas punggung Lewis dan dibalut terus selepas beliau bangun agar kesan punggung tersebut kekal segar di atas kerusi. Walaupun dikatakan ia jarang ada, senarai tersebut menunjukkan terdapat 9,999 unit untuk dijual.

Jika anda benar-benar mahu membelinya, penjual ada juga menyatakan bahawa harganya boleh dirunding menerusi Live Chat. Anda juga boleh membelinya menggunakan baucar kedai bernilai RM20, serta menebus Shopee Coins. Pembelian juga boleh dibuat secara ansuran sehingga 18 bulan menggunakan kad kredit Maybank.

Kerusi yang pernah diduduki Lewis Hamilton ni bukanlah satu-satunya barang yang pelik dijual di Shopee. Kami pernah melaporkan tentang daun dan batu sungai dijual di Shopee sebelum ini.

Menurut Petronas, ini adalah lawatan pertama Lewis dalam dua tahun dan dia telah membawa George Russell melawat sekitar Kuala Lumpur buat pertama kali. Kedua-dua pelumba F1 ini kelihatan sedang mengadakan penggambaran untuk iklan Petronas di sini. Lewis sebelum ini pernah membintangi beberapa iklan Petronas, termasuk iklan “Dear Malaysia” yang dihasilkan pada tujuh tahun lepas.

Bacaan Berkaitan

  • Ribuan batu sungai & daun pokok terjual di Shopee, apa rahsia peniaga ini?
  • Cipta akaun perniagaan sendiri, pelajar 11 tahun terima 200 pesanan pada 2 hari pertama di Shopee
  • Cara untuk jumlahkan perbelanjaan anda di Shopee secara automatik
Tags: Lewis HamiltonPetronasShopee
Najib

Najib

POPULAR

Kerusi di Petronas bekas diduduki Lewis Hamilton ada dijual di Shopee

Kerusi di Petronas bekas diduduki Lewis Hamilton ada dijual di Shopee

13 April 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER