• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme akan lancar tablet lebih murah di Malaysia minggu hadapan

  • OLEH Najib
  • 12:10 pm
  • 15/04/2022
  • Komen
Realme akan lancar tablet lebih murah di Malaysia minggu hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia akan melancarkan telefon pintar Realme 9 minggu hadapan, pada hari Rabu 20 April 2022. Kini mereka mengumumkan akan memperkenalkan satu lagi produk baru di acara yang sama, Realme Pad Mini.

Ini adalah tablet kedua dihasilkan Realme, selepas melancarkan Realme Pad pada akhir tahun lepas. Seperti namanya, Realme Pad Mini memiliki skrin lebih kecil dan dijangka lebih murah daripada harga Realme Pad. Ini akan menjadikannya tablet yang lebih mampu dimiliki orang ramai.



Anggaran Harga

Harga jualan Realme Pad Mini di Malaysia masih belum diketahui. Tetapi kita boleh merujuk dari Filipina, kerana ia telah dilancarkan di sana. Realme Pad Mini di Filipina dijual pada harga:

  • Realme Pad Mini LTE (RAM 3GB + Storan 32GB) – PHP 9,990 (~RM807)
  • Realme Pad Mini LTE (RAM 4GB + Storan 64GB) – PHP 11,990 (~RM969)

Jika harga di Malaysia hampir serupa, tidak dapat disangkal lagi bahawa ia lebih mampu milik kerana lebih murah daripada Realme Pad. Tahun lepas, Realme Pad dilancar di Malaysia dengan harga:



  • Realme Pad Wifi (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM899
  • Realme Pad LTE (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM949
  • Realme Pad LTE (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM999
  • Realme Pad LTE (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,199

Boleh kita jangkakan, Realme Pad Mini akan lebih murah sekitar RM100 berbanding storan yang sama dengan Realme Pad

Spesifikasi Realme Pad Mini

Selain skrin lebih kecil, Realme Pad Mini juga dilihat memiliki prestasi lebih rendah daripada Realme Pad. Versi mini ini dikuasakan oleh cip Unisoc T616, cip yang sama digunakan pada telefon pintar Realme C35. Kad mikroSD diterima di dalam slot hibrid bersama dua kad SIM nano.

Paparan di Realme Pad Mini berkeluasan 8.7-inci, jenis LCD beresolusi HD (1340×800). Dipegang secara melintang, ia ada bingkai yang sangat tebal di kiri dan kanan. Bingkai tebal ini turut memuatkan kamera hadapan 5MP. Manakala di belakang, hanya ada satu kamera 8MP.

Bateri yang dilihat besar dipasang di dalamnya, berkapasiti 6,400mAh. Ia boleh dicas menerusi USB-C dan menyokong kuasa pengecasan sehingga 18W.

Sistem bunyi stereo melalui dua pembesar suara terdapat di kedua belah sisi tablet. Jika perlu, jek audio 3.5mm masih ada dan sedia digunakan bersama produk audio berwayar.

Realme Pad Mini menjalankan sistem operasi Realme UI for Pad, berasaskan Android 11. Ia adalah OS yang sama dengan Realme Pad. Diharapkan Realme Pad Mini akan turut menerima kemaskini Android 12 nanti.

Terdapat dua warna disediakan untuk pilihan bagi Realme Pad Mini, antara kelabu dan biru.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 9, telefon pertama dengan sensor Samsung HM6 108MP akan tiba di Malaysia
  • Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799
  • [REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti
  • Realme Pad sah akan terima kemaskini Android 12 tahun ini
Tags: RealmeRealme Pad Mini
Najib

Najib

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER