• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Youtube Shorts tiru satu ciri ini daripada Tiktok dan ianya menarik

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:25 pm
  • 15/04/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Youtube Shorts, iaitu platform video pendek seperti Tiktok nampaknya boleh digunakan oleh lebih ramai orang tidak lama lagi. Hal ini kerana, Shorts bakal dilancarkan di web dan aplikasi Youtube untuk tablet Android dan iOS. Sehingga kini, YouTube Shorts hanya tersedia pada telefon pintar sahaja. Namun, tidak diketahui tarikh ia bakal dilancarkan, hanya dilaporkan bahawa ciri ini akan tiba dalam minggu-minggu yang akan datang.

Apabila saya cuba cari tab Shorts melalui Youtube web di MacBook, tak sangka saya temuinya dan sudah dapat tonton pelbagai video di Shorts. Untuk menonton video lain, saya hanya perlu scroll ke atas dan ke bawah. Tapi, paparan video menegak dengan berlatarbelakangkan hitam di kiri dan kanan membuatkan saya lebih selesa untuk tonton Shorts menggunakan telefon kerana video menegak dipaparkan penuh pada skrin. Jika reka bentuk antara muka Shorts seperti Stories pada komputer, tentu Shorts di web akan kelihatan lebih menarik.



Ciri menggabungkan video

Selain itu, untuk pencipta kandungan, YouTube Shorts juga ada menambah sokongan untuk memasukkan video luar milik orang lain ke dalam video Shorts sendiri. Pengguna boleh menggunakan 1 hingga 5 saat audio atau video daripada video itu ke dalam kandungan yang mereka sedang hasilkan. Apabila klip tersebut digunakan, pemilik video asal akan dikreditkan melalui pautan.

Untuk cuba ciri ini di YouTube Shorts , anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Pilih video Youtube yang anda mahukan video atau audionya
  2. Kemudian di bawah video, tekan simbol Create (ada logo Shorts)
  3. Anda kemudian perlu pilih minit mana yang anda mahukan
  4. Pilih pula sama ada mahu ambil audionya sahaja atau videonya sekali.

Jika anda tidak mahu video YouTube anda digunakan dalam Shorts pengguna lain, anda boleh pilih untuk mematikan fungsi tersebut. Selain itu, video yang visibility-nya ditetapkan kepada private atau video yang dikenakan tuntutan hak cipta juga tidak boleh digabungkan di dalam Shorts.

Kalau anda rasa biasa dengan ciri ini, mungkin kerana anda pernah cubanya di Tiktok. Tiktok juga ada ciri untuk pengguna gabungkan video dan audio daripada perkongsian pengguna lain ke dalam video sendiri. Jika mahu audio sahaja, anda boleh ambilnya dengan tekan pada simbol muzik pada bahagian bawah kanan dalam sesebuah video. Jika mahu video pula, ia boleh dilakukan menerusi ciri Duet dan Stitch. Ciri yang dibawa Youtube Shorts ini kelihatan sama seperti fungsi Stitch.

Nampaknya kali ini semacam Youtube yang meniru ciri Tiktok. Sebelum ini, Tiktok ada juga tiru ciri Youtube iaitu butang dislike di bahagian komen. Dua platform ini nampaknya cuba melengkapkan platform masing-masing berdasarkan ciri yang ada pada pesaing mereka. Agaknya lepas ini apa pula ciri yang akan ditambah pada Youtube Shorts?

[Sumber: 9TO5Google]

Tags: YouTubeYouTube Shorts
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Youtube Shorts tiru satu ciri ini daripada Tiktok dan ianya menarik

15 April 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN