• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Flip 3 versi Pokemon akan diumum 24 April 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:08 pm
  • 20/04/2022
  • Komen
Galaxy Z Flip 3 versi Pokemon akan diumum 24 April 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung sedang bersiap sedia untuk mengumumkan Galaxy Z Flip 3 versi Pokemon pada 24 April 2022. Laman rasmi untuk kira turun majlis tersebut sudahpun berjalan sekarang.

Di laman tersebut, anda boleh lihat apa yang bakal anda terima bila anda dapatkan seunit daripadanya. Bermula dengan telefon, warnanya adalah hitam, sama sepert penawaran sekarang yang bermakna tiada sebarang perubahan pada set asal telefon ini.



Tema Pokemon  diterapkan Samsung bermula dengan casing lutsinar yang boleh anda selitkan gambar-gambar Pokemon kegemaran. Anda juga dapat pouch bag untuk mengisi telefon dan seterusnya disangkutkan di bahagian leher. Ada juga kelihatan keychain ekor Pikachu dan aksesori Pokeball.

Harga masih belum diumumkan, apetah lagi keberadaannya dalam pasaran Malaysia. Saya yakin yang harganya pasti lebih tinggi daripada versi biasa yang sedang ditawarkan pada harga bermula RM3,999.



Kalau anda sedang berkira-kira untuk dapatkan Galaxy Z Flip 3 dan tak nak menunggu versi Pokemon, Samsung sedang adakan kempen Impian Raya Bersama sehingga 15 Mei 2022.

Di bawah kempen itu. anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada hadiah berjumlah RM1.2 juta yang disediakan melalui cabutan bertuah.

Sumber: Samsung

Bacaan berkaitan

240 unit Smart Monitor M5 untuk direbut menerusi kempen Samsung Impian Raya Bersama – SoyaCincau.com

Tags: androidsamsungsamsung galaxySamsung galaxy z flip 3telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy Z Flip 3 versi Pokemon akan diumum 24 April 2022

Galaxy Z Flip 3 versi Pokemon akan diumum 24 April 2022

20 April 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN