• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lego tambah 2 set Botanical Collection baharu, warnanya ceria sesuai dijadikan hiasan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:43 pm
  • 20/04/2022
  • Komen
Lego tambah 2 set Botanical Collection baharu, warnanya ceria sesuai dijadikan hiasan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Lego ada lancarkan dua model menarik untuk Lego Botanic iaitu Bonsai Tree dan Flower Bouquet. Kini Lego tambah dua lagi Lego baharu untuk Botanical Collection iaitu Lego Orchid dan Lego Succulents. Sesuai dijadikan hadiah kepada pencinta bunga, dua set baharu ini kelihatan sangat cantik untuk dijadikan hiasan, lebih-lebih lagi dengan warnanya yang terang dan ceria.

Lego Orchid

Set ini memerlukan pengguna mencipta bunga Orkid yang sedang mekar. Ia menampilkan enam kuntum bunga besar dan dua bunga muda yang kecil, masing-masing bercampur warna putih dan merah jambu. Ada juga 5 helai daun yang dicipta dari bata Lego. Selain itu, set ini juga ditampilkan bersama pasu berjalur berwarna biru dan di dalamnya ada campuran kulit kayu.




Lego Succulents

Lego Succulents ini menampilkan 9 jenis pokok kaktus berwarna-warni yang masing-masing berada di dalam pasunya sendiri. Kaktus ini boleh dicantumkan dan boleh juga dipisahkan antara mereka, anda boleh tetapkannya mengikut kreativiti. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tiga arahan mencipta yang berasingan.

Jika anda sukakan bunga, maka anda perlu dapatkan dua set ini. Set Lego Orchid (10311) dan set Lego Succulents (10309) akan dilancarkan berdekatan dengan Hari Ibu, iaitu pada 1 Mei 2022. Anda boleh dapatkannya di kedai sah Lego, kedai rasmi Lego di Lazada dan Shopee, Legoland, serta peruncit utama dan gedung serbaneka di Malaysia dengan harga RM219.90.



Tags: lego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lego tambah 2 set Botanical Collection baharu, warnanya ceria sesuai dijadikan hiasan

Lego tambah 2 set Botanical Collection baharu, warnanya ceria sesuai dijadikan hiasan

20 April 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN