• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix unjurkan kehilangan 2 juta pelanggan, pakej lebih murah dengan iklan sedang dipertimbang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:03 pm
  • 20/04/2022
  • Komen
Netflix unjurkan kehilangan 2 juta pelanggan, pakej lebih murah dengan iklan sedang dipertimbang
Share on FacebookShare on Twitter

Suku pertama tahun kewangan Netflix 2022 sudah berakhir. Dalam satu nota yang ditujukan kepada pemegang saham, terkandung beberapa maklumat menarik tentang prestasi semasa syarikat pentstriman terkenal itu.

Sumber

Perolehan syarikat terus meningkat daripada suku ke suku dan kini melebihi USD7.8 billion dengan unjuran melebihi USD8 billion untuk suku seterusnya. Namun apa yang mereka gusarkan adalah bilangan pelanggan yang buat pertama kalinya dalam sejarah mencatatkan penurunan.



Untuk suku ini, mereka kehilangan 200 ribu pelanggan dan mereka mengunjurkan kehilangan 2 juta pelanggan dalam suku seterusnya. Memanglah strategi menaikkan harga langganan mampu mengekalkan prestasi positif pada sudut perolehan, namun ia bukanlah solusi jangka masa panjang.

Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih – SoyaCincau.com



Maka dengan sebab itu, salah seorang CEO Netflix dalam satu sidang video untuk pemegang saham ada menyentuh tentang solusi yang sedang dipertimbangkan pihak mereka. Mereka sedang meneliti langkah untuk menawarkan Netflix pada kadar lebih rendah, tapi ada iklan didalamnya.

Hal ini kerana, Netflix mendapati yang amalan berkongsi akaun inilah yang menjadi faktor utama mereka tidak mendapat pelanggan baharu, malah kehilangan pula.

Sebelum ini, mereka sedang menguji satu inisiatif iaitu membolehkan pemegang akaun Netflix mewujudkan satu subakaun pada satu bayaran minimum.

Sumber: TheVerge, 2

Tags: Netflixpenstriman
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Netflix unjurkan kehilangan 2 juta pelanggan, pakej lebih murah dengan iklan sedang dipertimbang

Netflix unjurkan kehilangan 2 juta pelanggan, pakej lebih murah dengan iklan sedang dipertimbang

20 April 2022
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN