• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Ciri baharu myTNB, Energy Budget direka untuk membantu anda menjadi pengguna yang lebih bijak

  • OLEH Penaja
  • 9:50 am
  • 21/04/2022
  • Komen
Ciri baharu myTNB, Energy Budget direka untuk membantu anda menjadi pengguna yang lebih bijak
Share on FacebookShare on Twitter

(Artikel ini dibawakan oleh Tenaga Nasional Berhad)

Dunia kini semakin berubah kepada digital dengan mengurangkan kebergantungan kepada bahan fizikal seperti kertas dan pen. Selaras dengan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku penyedia perkhidmatan elektrik terulung di Malaysia, telah memperkenalkan Smart Meter untuk pengguna. Sehingga kini, sudah lebih 2 juta premis di sebahagian Lembah Klang, Putrajaya, Cyberjaya, Melaka, Langkawi, dan Kuala Nerang telah menggunakan Smart Meter.

Pertama sekali Smart Meter direka untuk membolehkan pengguna memantau dan mengurus penggunaan tenaga harian mereka melalui aplikasi myTNB. Ini akan membolehkan anda menjadi pengguna yang lebih berhemat. Aplikasi myTNB juga akan membolehkan pengguna melihat bil elektrik terkini dan terdahulu, serta membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Ini juga akan mengurangkan kebergantungan pada bil kertas. Mempunyai segalanya dalam halaman yang mudah diakses pada aplikasi myTNB bukan sahaja lebih baik untuk anda, tetapi juga untuk alam sekitar.

Kawal penggunaan dengan Energy Budget

TNB juga telah memperkenal ciri baru, Energy Budget. Ia direka untuk membantu pengguna yang memiliki Smart Meter untuk menguruskan penggunaan elektrik di premis dengan lebih baik, dengan membenarkan mereka menetapkan had dan memantau penggunaan masa nyata.

Untuk menikmati ciri baru yang juga eksklusif kepada pengguna Smart Meter ini, pastikan aplikasi myTNB telah dikemaskini ke versi terbaru. Kemudian, anda dapat melihat paparan pengenalan ciri Energy Budget.

Tekan pada butang ‘Get Started!’ dan anda boleh menetapkan Energy Budget dengan menekan butang ‘Set Now’. Pelanggan yang memiliki lebih dari satu kediaman dengan akaun Smart Meter, perlu memilih akaun untuk menetapkan Energy Budget yang tertentu . Selepas itu, anda boleh menetapkan had bajet (dalam RM) dan tekan pada ‘Save New Budget’.

Kini anda dapat merujuk kepada paparan bar melintang  yang diisi setiap kali penggunaan tenaga, memberikan gambaran jelas berapa banyak tenaga yang telah digunakan dan baki yang tinggal berdasarkan had bajet anda.

Ia juga akan memberi notis apabila anda telah mencecah tahap 75% dan 100% yang ditetapkan di dalam Energy Budget. Jangan bimbang, jika Energy Budget anda telah mencecah 100% daripada limit yang ditetapkan, bekalan elektrik anda tidak akan terputus; ia cuma menandakan yang anda telah mencapai bajet yang anda tetapkan di rumah anda. Ini juga bermaksud anda boleh memanfaatkan tips penjimatan tenaga yang juga boleh diperolehi di dalam aplikasi myTNB.

Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan Smart Meter? Pertama sekali, nantikan surat rasmi daripada TNB yang memaklumkan rumah anda telah dikenal pasti untuk pemasangan Smart Meter. Kini, Smart Meter telah berjaya dipasang di sebahagian Lembah Klang, Putrajaya, Cyberjaya, Melaka, Langkawi, dan Kuala Nerang, pada masa yang sama pelan pemasangan di Johor dan Pulau Pinang juga dalam perancangan. Jangan risau, pemasangan adalah percuma.

Muat turun aplikasi myTNB menerusi Android, iOS dan Huawei App Gallery. Untuk butiran lanjut tentang Smart Meter, sila layari laman web TNB.

Tags: mytnbpenajaTNB
Penaja

Penaja

POPULAR

Ciri baharu myTNB, Energy Budget direka untuk membantu anda menjadi pengguna yang lebih bijak

Ciri baharu myTNB, Energy Budget direka untuk membantu anda menjadi pengguna yang lebih bijak

21 April 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER