• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro kekal pegang hak ekslusif siaran EPL sehingga 2025, akan terus perangi platform penstriman lanun

  • OLEH Najib
  • 9:54 am
  • 25/04/2022
  • Komen
Astro kekal pegang hak ekslusif siaran EPL sehingga 2025, akan terus perangi platform penstriman lanun
Share on FacebookShare on Twitter

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memegang hak eksklusif, penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL) di Malaysia selama tiga musim lagi, sehingga musim 2025. Ini mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai penyiar siaran langsung acara sukan terkemuka di Malaysia.

Dengan hak penyiaran baru ini, Astro akan terus menyediakan pengalaman menonton premium buat pelanggan untuk semua 380 perlawanan EPL dalam resolusi HD, serta perlawanan terpilih dalam resolusi Ultra HD 4K. Astro juga akan terus menyediakan pelbagai kandungan tambahan eksklusif seperti temuramah, liputan di luar padang, ulasan oleh pakar bola sepak, serta peraduan dan cenderahati eksklusif di Astro Rewards.



Astro menjangkakan tahun 2022 akan diwarnai dengan lebih banyak acara sukan berbanding tahun 2021. Antara yang tersedia di dalam jadual siaran langsung Astro adalah Sukan SEA bermula 12 Mei, Sukan Asia bermula 10 September dan acara terulung bola sepak, Piala Dunia Fifa Qatar 2022 mulai 21 November 2022. Selain itu, pelanggan juga boleh menyaksikan siaran langsung perlumbaan Formula 1 dan MotoGP, pertandingan Badminton oleh BWF, pertarungan UFC, serta acara teniss ATP Tour dan Grand Slam.

Pek Sukan Astro

Astro kini menyediakan langganan Pek Sukan dari serendah RM89.99 dengan tawaran 60-hari percuma. Pelanggan baru yang mendaftar Pek Sukan sebelum 31 Mei 2022 juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa motorsikal Yamaha YZF R25.



Astro juga akan memberikan jersi bertandatangan eksklusif kepada pelanggan, serta lain-lan hadiah yang boleh ditebus menerusi Astro Rewards seperti percutian di padan golf, tiket sukan eksklusif ke acara di Malaysia dan serantau, serta jemputan eksklusif ke sesi bertemu peminat.

Maklumat lanjut tentang tawaran istimewa Pek Sukan ini boleh didapati di laman web More Sports 2022.

Perangi Lanun

Astro turut mengalu-alukan langkah kerajaan memperkenal Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang memperakui teknologi penstriman sebagai salah satu cara melanggar hak cipta. Ini kerana tontonan haram yang disediakan lanun cetak rompak menerusi pelbagai cara penstriman, telah memberi kesan besar kepada Astro untuk menyediakan perkhidmatan lebih baik buat pelanggan.

Astro akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa, pemain industri dan penyedia kandungan untuk menentang lanun cetak rompak. Astro juga menyeru semua rakyat Malaysia dan pihak komersial untuk turut serta menolak lanun cetak rompak dan menonton siaran langsung sukan di platform yang sah dan berkualiti tinggi.

Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 menyatakan bahawa sesiapa yang menyediakan atau berkongsi akses ke penyiaran cetak rompak, boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Tags: astroepl
Najib

Najib

POPULAR

Astro kekal pegang hak ekslusif siaran EPL sehingga 2025, akan terus perangi platform penstriman lanun

Astro kekal pegang hak ekslusif siaran EPL sehingga 2025, akan terus perangi platform penstriman lanun

25 April 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER