• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

5 sebab kenapa kaki gaming mesti miliki POCO F4 GT

  • OLEH Penaja
  • 7:04 pm
  • 27/04/2022
  • Komen
Poco F4 GT muncul sebagai telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh POCO]

Peminat permainan video mudah alih di telefon pintar kini boleh sujud syukur apabila telefon POCO F4 GT telah dilancarkan. Ia akan mula dijual di Malaysia pada 28 April 2022 di Stor POCO Lazada dan Shopee.

POCO F4 GT adalah telefon pintar terbaik untuk kaki gaming bukan sahaja kerana harganya yang sangat mampu milik dan lebih murah dari jenama lain, tetapi ia memiliki prestasi tertinggi dan memberi pengalaman bermain game yang tiada pada peranti lain.

Harga mampu milik, prestasi tertinggi dan pengalaman terbaik. Macam mana POCO F4 GT boleh ada semua ni? Anda boleh dapati dari 5 sebab ini

1. Prestasi tertinggi Super Ultra Max Pro Plus

Macam melampau bila sebut gelaran tambahan ‘Super Ultra Max Pro Plus’ untuk POCO F4 GT, tapi ia memang layak. Kerana POCO menggunakan perkakas terbaik untuk POCO F4 GT.

Mula-mula sekali sudah tentu dengan cip Snapdragon 8 Gen 1. Ia memiliki kelajuan setinggi 3.0Ghz dan dibina dari proses 4nm yang memberikan peningkatan prestasi dan lebih cekap tenaga. Prestasi tinggi ini ditambah dengan penggunaan RAM LPDDR5 berkelajuan 6,400Mbps agar aplikasi sentiasa lancar. Storan dalamannya pula dari jenis UFS 3.1, memastikan semua yang perlu dilancarkan muncul sekelip mata.

2. Sejuk segar sentiasa

Perkara paling ditakuti peminat game bukan sahaja peranti terlampau panas, malah ia tidak mampu menyingkir haba dengan segera. Untuk POCO F4 GT, ia memiliki teknologi penyejukan termaju, LiquidCool 3.0. Dengan sistem dwi penyejukan cecair berkeluasan 4,860mm2, ia mampu memastikan haba dilepaskan segera agar tidak mengganggu waktu-waktu tegang di dalam permainan.

3. Skrin lembut lancar cantik menawan

Perkara paling penting untuk skrin yang bagus adalah ia mestilah jenis AMOLED. Pakar penilai paparan Display Mate memberikan markah A+ untuk POCO F4 GT kerana ia memiliki warna spektrum seperti sebenar dan TrueColor 10-bit.

Kaki gaming juga pasti tertarik dengan skrin ini kerana ia mmeiliki kadar penyegaran 120Hz untuk animasi yang lebih lancar dan lembut di pandangan mata. Ditambah lagi dengan kadar sentuhan setinggi 480Hz supaya respon bermain game sentiasa tepat dan jitu.

4. Tahan lama dan bertenaga HyperCharge

Bateri berkapasiti besar memang sudah jadi lumrah untuk telefon pintar. Di POCO F4 GT ia dilengkapi bateri 4,700mAh tetapi ini bukanlah perkara yang penting untuk dilihat.

Apa yang lebih penting adalah kemampuan POCO F4 GT mengecas baterinya. Hanya 17 minit diperlukan untuk mengecas dari 0 ke 100%, terima kasih kepada teknologi POCO HyperCharge 120W. Lebih baik lagi, pengguna juga boleh mengecas semasa bermain game dan ia tidak memberi kesan besar kerana cas dari 0-100% mengambil masa hanya 27 minit sewaktu telefon digunakan.

Paling penting, pengecas 120W ada diberikan sekali di dalam kotak. Tak perlu dibeli berasingan.

5. Butang bahu mekanikal, senjata terhebat peranti gaming

Untuk konsol permainan, butang bahu di alat kawalan adalah penting kerana ia memberi akses kepada gerakan tambahan untuk memastikan pengalaman bermain yang lancar dan menyeronokkan. Butang bahu kini telah tiba di telefon pintar tetapi ada pengeluar yang memberikan hanya butang sentuh dan mengatakan produk mereka peranti gaming.

Di POCO F4 GT, pengguna disajikan dengan butang bahu mekanikal yang terapung secara magnetik dan disimpan apabila tidak digunakan. Dengan ini, pengguna akan menikmati pengalaman yang lebih semulajadi ketika bermain game.

Pengalaman terbaik ini diperkasa lagi dengan teknologi CyberEngine, salah satu motor getaran terbaik ada di telefon pintar. Dengan pelbagai tahap getaran, ia akan menjadikan permainan video lebih menarik untuk dimainkan.


Kini terbukti kehebatan POCO F4 GT sebagai telefon pintar gaming terbaik. Ia ada prestasi tertinggi dalam semua aspek, memberi pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan serta harganya lebih murah dari yang lain.

Lebih baik lagi, anda boleh dapatkan POCO F4 GT mulai 28 April di Stor Rasmi POCO di Lazada dan Shopee dengan diskaun RM300 dari harga asalnya. Tetapi stok terhad. Harga promosinya adalah sepert berikut:

  • RAM 8GB + Storan 128GB = RM1,999 (Pada 28/4 sahaja, harga biasa RM2,299)
  • RAM 12GB + Storan 256GB = RM2,199 (Pada 28/4 sahaja , harga biasa RM2,499)

POCO F4 GT datang dalam tiga pilihan warna iaitu Stealth Black, Knight Silver, dan Cyber Yellow.

Tags: penajaPoco
Penaja

Penaja

POPULAR

Poco F4 GT muncul sebagai telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah di Malaysia

5 sebab kenapa kaki gaming mesti miliki POCO F4 GT

27 April 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN