• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hari Raya 2022: Daftar masuk MySejahtera dimansuhkan, individu tak vaksin boleh dine-in

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:45 pm
  • 27/04/2022
  • Komen
Hari Raya 2022: Daftar masuk MySejahtera dimansuhkan, individu tak vaksin boleh dine-in
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumumkan lebih banyak kelonggaran, salah satunya bagi membolehkan perayaan disambut dengan lebih selesa, namun masih dalam keadaan selamat. Perlu diingatkan yang semua kelonggaran ini berkuat kuasa bermula 1 Mei 2022.

Protokol pemakaian pelitup muka

Menurut protokol terbaharu, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan sekiranya individu tersebut berada di dalam banggunan ataupun tempat tertutup seperti pengangkutan awam. Sekiranya berada di luar (outdoor) pemakaian tidak diwajibkan, namun amat disarankan terutamanya kepada golongan rentan seperti warga emas, kanak-kanak dan yang masih belum menerima vaksin. KKM turut menyarankan pemakaian pelitup muka untuk tempat terbuka yang sesak seperti bazar Ramadan ataupun tapak ekspo.



Pemansuhan daftar masuk MySejahtera

KKM memansuhkan pemansuhan keperluan daftar masuk menggunakan MySejahtera namun APP tersebut dikatakan masih releven. Salah satunya adalah untuk mempamerkan status risiko serta status pemvaksinan.

Aplikasi ini akan diolah dalam masa akan datang sebagai alat menyalurkan maklumat penyakit-penyakit lain.



Kelonggaran terhadap individu yang tak divaksin

Kini, individu tak divaksin boleh menikmati hampir semua kemudahan yang dinikmati golongan yang telah divaksin. Contoh paling siginifikan adalah kemasukan ke premis kini dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang berstatus “Berisiko Tinggi” atau di bawah HSO.

Tags: COVID-19Khairy Jamaluddinkkm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER