• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NAKAMA sekalian, ONE PIECE dah ada jam pintar sendiri dan anda mesti dapatkannya

  • OLEH Najib
  • 3:04 pm
  • 29/04/2022
  • Komen
NAKAMA sekalian, ONE PIECE dah ada jam pintar sendiri dan anda mesti dapatkannya
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat One Piece atau Budak Getah, maka jam terbaru Garmin perlu dimasukkan ke dalam almari koleksi One Piece anda. Garmin Malaysia kini mengumumkan ketibaan jam pintar edisi One Piece pertama di dunia, Garmin Instinct 2 Solar ONE PIECE.

Sudah pasti, jam pintar edisi khas ini dipenuhi dengan segala-galanya berkaitan One Piece. Terdapat tiga model diperkenal dalam edisi One Piece ini iaitu edisi Monkey D. Luffy, edisi Roronoa Zoro dan edisi Tony Tony Chopper.



Ketiga-tiga edisi One Piece ini dijual di Malaysia pada harga rasmi RM2,299 setiap satu. Jika berminat, anda boleh membelinya di AECO e-store, serta di Stor Garmin di Lazada dan Shopee.

Keunikan Garmin Instinct 2 Solar ONE PIECE

Jam pintar edisi One Piece ini dihasilkan daripada model Garmin Instinct 2 Solar yang baru dilancarkan di Malaysia bulan Mac lepas. Sebagai tambahan, edisi One Piece ini memiliki beberapa keunikan yang tiada pada model biasa.



Edisi Monkey D. Luffy memiliki saiz muka 45mm dengan bingkai berwarna kuning dan butang sisi berwarna merah. Tali jam pula berwarna hitam. Ia turut memiliki muka jam eksklusif dengan logo Luffy iaitu tengkorak bertopi jerami.

Edisi Roronoa Zoro juga ada saiz muka 45mm dengan bingkai, butang dan tali jam berwarna hijau. Ia diinspirasikan daripada warna rambut dan pakaian Zoro sendiri. Muka jam eksklusif yang diberikan memiliki logo tiga pedang yang menjadi gaya lawan pedang Zoro.

Edisi Tony Tony Chopper pula bersaiz lebih kecil, 40mm yang sama dengan Instinct 2S. Dengan watak yang sangat cole, bingkai dan tali jam edisi ini berwarna merah jambu seperti bunga sakura. Manakala butang berwarna biru. Muka jam eksklusif pula menampilkan muka Choper.

Semua edisi ONE PIECE ini datang di dalam kotak kayu seperti kotak harta karun yang dicari-cari lanun. Turut diberikan di dalam kotak adalah pelekat rasmi One Piece serta kadbod watak berdiri untuk menambah keunikan koleksi ini.

Spesifikasi Garmin Instinct 2

Terdapat dua saiz dalam siri Garmin Instinct 2 iaitu 45mm dan 40mm. Tenaga matahari di model Solar boleh memberi tenaga untuk GPS berterusan sehingga 48 jam. Tenaga tanpa had boleh dicapai dalam mod penjimatan tenaga bagi model Solar.

Siri Instinct 2 dikenali sangat tahan lasak. Ia menggunakan badan diperbuat daripada polimer yang diperteguh fiber, serta kaca yang diperkuat secara kimia. Menepati standard tentera MIL-810, ia tahan suhu ekstrem dan hentakan, serta boleh masuk ke dalam air sehingga 100 meter dalam.

Fungsi sedia ada seperti model lama dikekalkan seperti penjejak GPS dan pengimbas denyutan nadi 24/7. Ciri baru yang ditambah pada generasi ke-2 ini adalah pemantau waktu tidur, penjejak tahap oksigen VO2, jangka waktu pemulihan, status dan kesan latihan kecergasan dan banyak lagi.

Tags: garminGarmin Instinct 2Garmin Instinct 2 Solar ONE PIECEOne Piece
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
NAKAMA sekalian, ONE PIECE dah ada jam pintar sendiri dan anda mesti dapatkannya

NAKAMA sekalian, ONE PIECE dah ada jam pintar sendiri dan anda mesti dapatkannya

29 April 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN