• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Berapa banyak keuntungan Nvidia disebabkan fenomena kriptowang?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:51 am
  • 09/05/2022
  • Komen
Nvidia intai servis Intel untuk penghasilan cip untuk kurangkan kebergantungan kepada TSMC
Share on FacebookShare on Twitter

US Securities and Exchange Comission (SEC) telah mengumumkan yang Nvidia bersetuju untuk didenda USD 5.5 juta (~RM24 juta) atas dakwaan tidak telus dalam pelaporan kewangan tahunan mereka.

Untuk tahun fiskal 2018, SEC mendakwa yang Nvidia gagal memperjelas impak industri kriptowang ke atas perniagaan mereka.



Didenda USD 5.5 juta bukan bermakna pihak berkuasa beroleh jawapan kepada dakwaan tersebut. Maklumat tentang sejauh manakah Nvidia menerima manfaat daripada kegilaan kriptowang ketika itu masih menjadi misteri kerana denda itu dipersetujui ke atas arahan cease-and-desist oleh SEC.

Lagipun, USD 5.5 juta itu apalah sangat jika dibandingkan dengan hampir USD27,000 juta keuntungan Nvidia setakat suku 1 2022. Ibaratnya, kalau saya ada RM100, dendanya cuma RM0.02.



Berapa banyak keuntungan Nvidia disebabkan fenomena kriptowang?

Tiada maklumat spesifik tentang itu didedahkan Nvidia. Namun anda boleh bayangkan yang ia sangat signifikan. Hal ini kerana, menurut laporan pegangan pasaran GPU, dalam tahun 2018 sahaja syarikat itu memegang lebih 80% pegangan pasaran dan sejak 2016, mereka sentiasa berada sekurang-kurangnya 66% dalam carta pai berbanding pesaing.

Sumber

Memegang sebahagian besar pasaran GPU global, Nvidia mencatatkan peningkatan perolehan yang besar dalam tahun 2017 iaitu USD 6.910 billion, hampir 40% peningkatan berbanding 2016. 2018 juga mencatakatkan peningkatan melebihi 40% sehinggalah tahun 2022.

Sumber

Peningkatan perolehan turut bermakna peningkatan pada dividen tahunan pada pemegang-pemegang saham. Dividen yang diagihkan kepada pemanfaat-pemanfaat dalam tahun 2017 adalah berjumlah USD0.57/saham berbanding USD0.485/saham (+17.5%).

Sumber: NEC

Tags: Nvidiasec
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nvidia intai servis Intel untuk penghasilan cip untuk kurangkan kebergantungan kepada TSMC

Berapa banyak keuntungan Nvidia disebabkan fenomena kriptowang?

9 May 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN