• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo T1x dan T1 5G datang sebagai pesaing terbaru peranti kelas pertengahan

  • OLEH Najib
  • 6:25 pm
  • 10/05/2022
  • Komen
Vivo T1x dan T1 5G datang sebagai pesaing terbaru peranti kelas pertengahan
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia baru-baru ini telah melancar siri telefon pintar baharu, dipanggil sebagai siri Vivo T1. Huruf T padanya merujuk kepada Turbo dan siri ini disasarkan kepada peminat permainan video dengan bajet kecil serta perlukan prestasi mencukupi.

Harga dan promosi jualan awal

Terdapat dua model diperkenal di bawah siri ini iaitu Vivo T1x dan Vivo T1 5G. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Vivo T1x (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699
  • Vivo T1x (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM899
  • Vivo T1 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,299

Kedua-dua model baru ini telah mula dijual di Malaysia dan ada tawaran menarik disediakan untuk pembeli terawal. Sehingga 24 Mei 2022, pembeli siri T1 akan menerima Perlindungan Keretakan Skrin setahun dan Waranti Tambahan setahun.

Selain itu, siri Vivo T1 juga ditawarkan dengan diskaun sehingga 24 Mei 2022 iaitu:



  • Vivo T1x (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699 RM649
  • Vivo T1x (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM899 RM799
  • Vivo T1 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,299 RM1,249

Diskaun dan hadiah percuma yang ditawarkan ini boleh didapati di Stor Rasmi Vivo Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Kedatangan siri Vivo T1 dilihat mahu memberi saingan kepada siri Redmi Note 11 dan siri Realme 9 dengan julat harga yang serupa. Mungkin akan ada lebih banyak model siri T1 diperkenal kelak, seperti mana banyak model di bawah siri Redmi Note 11 dan siri Realme 9.

Spesifikasi Vivo T1 5G

Kuasa Vivo T1 5G digerakkan oleh cip Snapdragon 778G 5G, dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Telefon ini dilengkapi sistem penyejukan VC dengan keluasan 2,097mm2 untuk melepaskan haba dengan cekap. Teknologi Multi-Turbo 5.5 pula menggunakan alogritma AI untuk memproses tenaga dengan cekap dan berkuasa.

Paparan di Vivo T1 5G adalah jenis AMOLED berukuran 6.44-inci dan ia ada kadar penyegaran 90Hz dan resolusi HD Penuh. Pengimbas capjari ada di dalam skrin. Terdapat takuk kecil di dahi skrin yang memuatkan kamera hadapan 16MP.

Di belakang, terdapat tiga kamera dipasang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera ini terletak di dalam modul dua bulatan yang besar.

Di dalamnya, terdapat bateri berkapasiti 4,700mAh dan ia menyokong pengecasan pantas FlashCharge 66W. Ia boleh mengecas dari 0-50% dalam masa 18 minit sahaja.

Spesifikasi Vivo T1x

Vivo T1x dikuasakan cip Snapdragon 680 dan dibekalkan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan.

Skrin di Vivo T1x adalah jenis LCD seluas 6.58-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Pengimbas capjari terletak di tepi, bergabung dengan butang kuasa.

Kamera di belakang menggabungkan kamera utama 50MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 16MP, terletak di dalam takuk di dahi skrin.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Kepala pengecas ada diberikan di dalam kotak.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 9: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Siri Redmi Note 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Vivo X80 & X80 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: vivoVivo T1 5GVivo T1x
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Vivo T1x dan T1 5G datang sebagai pesaing terbaru peranti kelas pertengahan

Vivo T1x dan T1 5G datang sebagai pesaing terbaru peranti kelas pertengahan

10 May 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER