• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KFC benarkan tukar ayam jika tidak berkualiti & lancar 11 karya NFT eksklusif untuk dimiliki

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:28 pm
  • 11/05/2022
  • Komen
KFC benarkan tukar ayam jika tidak berkualiti & lancar 11 karya NFT eksklusif untuk dimiliki
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah 49 tahun KFC berada di Malaysia dan ia kini mempunyai lebih daripada 740 buah restoran di seluruh negara. Menariknya, baru-baru ini KFC ada mengetengahkan beberapa perkara menarik untuk para pelanggan.

Pertama, untuk memastikan anda dapat menikmati ayam yang berkualiti dan tidak mengecewakan di KFC, mereka telah lancarkan polisi baharu iaitu “Rasa Berkualiti Terjamin”. Polisi ini membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti. Yang perlu dilakukan pelanggan hanyalah imbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi serta hantar borang penukaran yang tersedia. Seterusnya, pelanggan dikehendaki menunjukkan halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan ayam gantian.



Selain itu, KFC secara rasminya telah melancarkan Jimat Siang. Ini merupakan promosi baharu untuk waktu terhad dan ia sudah boleh mula didapatkan. Jimat Siang menawarkan kombo makan tengah hari berbaloi dengan harga diskaun eksklusif serendah RM7.99 sahaja. Ia tersedia pada hari Isnin sehingga Khamis, bermula 12 tengah hari sehingga 2 petang. Anda boleh dapatkannya melalui makan di restoran, bawa pulang dan pandu lalu di kebanyakan restoran KFC di seluruh Negara.

Jimat Siang ini mengandungi menu sajian utama dan sampingan ikonik. Terdapat 6 variasi kombo untuk dipilih iaitu:



  1. Kombo Snack Plate – RM15.49 RM12.99
  2. Kombo Dinner Plate – RM19.60 RM16.99
  3. Kombo Rice Plate 1 ketul – RM10.49 RM8.99
  4. Kombo Rice Plate 2 ketul – RM15.49 RM12.99
  5. Kombo Zinger Klasik – RM13.99 RM10.99
  6. Kombo Burger Kolonel Klasik – RM9.49 RM7.99

Sementara itu, KFC juga telah bekerjasama dengan artis berbakat tempatan Wilson Ng, Book of Lai, dan Arif Rafhan Othman untuk menghasilkan 11 karya NFT unik sebagai penghormatan kepada 11 herba dan rempah rahsia KFC. Peminat boleh mendapatkan 8 NFT KFC eksklusif – Original KFC Moments di OpenSea, pasaran NFT terbesar. Sementara 3 NFT lagi boleh dimenangi melalui pertandingan di Instagram KFC.

Bukan itu sahaja, KFC turut memperkenalkan mesin cakar KFC Klaw for Chicken dalam KFC Bucket gergasi. Peminat KFC yang melawat [email protected] Gallery boleh main dan menang baucar KFC dan bantal Drummie. Ia bermula dari 10 Mei sehingga 9 Jun 2022. Di samping itu, anda juga boleh melihat sendiri visual KFC di papan iklan 3D yang terletak di KLCC Junction dan Pavilion ELITE.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara yang diketengahkan ini, anda boleh layari laman web rasmi KFC di sini.

Tags: KFC
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER