• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google kenalkan alat untuk keluarkan info peribadi dari hasil carian dengan mudah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:11 pm
  • 12/05/2022
  • Komen
Google kenalkan alat untuk keluarkan info peribadi dari hasil carian dengan mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Google bakal lancarkan satu alat baharu di Google Search dan ia bakal memudahkan orang ramai meminta Google mengalih keluar data peribadi mereka, seperti alamat rumah dan alamat emel daripada hasil carian. Perkara ini dikongsikan di persidangan pembangun tahunan Google I/O baru-baru ini.

Melalui alat tersebut, anda tak perlu lagi lalui proses yang panjang untuk lakukan permintaan memadam maklumat peribadi. Malah ia boleh dilakukan dengan beberapa klik sahaja. Anda juga boleh pantau status permintaan pengalihan keluar ini dengan mudah.



Di samping itu, apabila Google terima permintaan pengalihan keluar, mereka akan menilai semua kandungan pada halaman web itu terlebih dahulu, bagi memastikan bahawa mereka tidak mengehadkan ketersediaan maklumat lain yang berguna secara meluas. Contohnya maklumat dari artikel berita. Menurut pengurus produk Search, Ron Eden, permintaan untuk mengalih keluar sebarang maklumat akan dinilai oleh gabungan alat algoritma dan manusia.

Tapi anda harus tahu bahawa fungsi ini hanya akan bantu anda keluarkan maklumat peribadi dari Google Search sahaja, bukan dari web. Jika di web, anda mungkin perlu hubungi pembangunnya sendiri.



Ciri ini akan tersedia dalam beberapa bulan akan datang di aplikasi Google. Sementara itu, anda boleh buat permintaan mengalih keluar maklumat peribadi, dengan tekan pada tiga titik di sebelah kanan hasil dari carian Google Search tertentu. Anda juga boleh mohon untuk mengalih keluar maklumat melalui halaman sokongan di sini.

[Sumber: Mashable, Google]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER