• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 1 IV ditambah baik dengan lensa zum optikal pertama dunia untuk telefon pintar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:50 pm
  • 12/05/2022
  • Komen
Sony Xperia 1 IV ditambah baik dengan lensa zum optikal pertama dunia untuk telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengumumkan dua model telefon terbaharu dalam keluarga Xperia. Model flagship-nya diberi nama Sony Xperia 1 IV manakala satu lagi model midrange diberi nama Sony Xperia 10 IV.

Tempahan awal untuk memiliki kedua-dua telefon ini sudahpun dimulakan dalam beberapa pasaran terpilih. Di UK, Xperia 1 IV adalah GBP1,300 (~RM6,975) manakala di A.S USD1,600 (RM7,013). Harga itu adalah penokokan agak ketara berbanding Xperia 1 III tempoh hari yang ada tanda harga USD1,300.



Untuk model midrange, Xperia 10 IV di U.K dibuka tempahannya pada harga GBP429 (RM2,301).

Kalaupun telefon ini tiba di Malaysia, anda boleh jangkakan harga yang agak “keras”. Xperia 1 III yang dibuka tempahannya disini dalam bulan Julai 2021 lalu ada tanda harga RM5,799.



Spesifikasi Sony Xperia 1 IV

Xperia 1 IV didapati mengekalkan fizikaliti model sebelumnya. Ia tetap hadir dengan panel paparan 4K OLED sebesar 6.5” dengan nisbah paparan 21:9. Kadar segar semula paparan itu adalah 120Hz dengan frekuensi input setinggi 240Hz.

Perubahan paling ketara adalah pada bahagian pengimejan telefon ini. Di bahagian belakang, Xperia 1 IV ada tiga buah kamera belakang. Kamera utamanya adalah kamera 12MP (24mm) diikuti kamera ultralebar 12MP (16mm). Kamera ketiga ini dikatakan Sony sebagai yang pertama dunia dengan lensa zum optikal. Kamera ini boleh mengezum dalam julat 85mm-125mm dan kalau dibandingkan dengan kamera utama, adalah sekitar 5x zum optikal.

Kesemua kamera ini dilengkapi Optical SteadyShot, sistem penjejak fokus mata, dan kemampuan merakam sehingga 4K@120. Untuk mengambil gambar selfie, pengguna boleh memanfaatkan kamera 12MP.

Di atas papan utama, Sony memateri SoC Snapdragon 8 Gen 1 yang digandingkan bersama RAM 12GB dan storan 256GB. Slot untuk memegang kad mikro-SD juga ada seandainya storan perlu diperluas. Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia dicas menggunakan blok 30W. Namun, blok pengecas tidak disertakan bersama di dalam kotak.

Ditujukan kepada pencipta kandungan video, telefon ini kalis debu dan air pada tahap IP68 yang bermakna sesuai digunakan walaupun di dalam hujan untuk merakam. Sony menyertakan jek audio 3.5mm untuk headfon kegemaran anda ataupun muzik kegemaran boleh dilayani menerus sepasang speaker stereo.

Buton ikonik shutter di bahagian sisi masih disertakan Sony pada produk ini. Salah satu ciri yang diketengahkan Sony untuk telefon ini adalah kemampuan bersiaran langsung ke media sosial terus daripada telefon tanpa perisian tambahan.

Spesifikasi Sony Xperia 10 IV

Ini dikatakan Sony sebagai telefon 5G paling ringan di dunia. Xperia 10 IV hanya seberat 161g. Di bahagian mukanya ada panel paparan FHD+ sebesar 6” daripada jenis OLED. Tiada ciri refresh rate tinggi padanya tapi panel paparan masih dilindungi Corning Gorilla Glass Victus dan kali debu air pada paras IP68.

Atas papan utama, pengguna akan temui cip Snapdraogn 695 yang dipadankan bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Untuk kamera, Xperia 10 IV dilengkapi 3 kamera belakang dengan kombinasi kamera utama 12MP, kamera ultralebar 8MP, dan kamera 2x telefoto 8MP. Gambar selfie boleh diambil menerusi kamera 8MP.

Bateri berkapasiti 5,000mAh membekalkan tenaga kepada segala kelengkapan elektronik Xperia 10 IV. Tiada speaker stereo pada telefon tapia da jek audio 3.5mm untuk headfon kegemaran anda.

Tags: androidSonysony xperiasony xperia 1 ivsony xperia 10 iv
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Sony Xperia 1 IV ditambah baik dengan lensa zum optikal pertama dunia untuk telefon pintar

Sony Xperia 1 IV ditambah baik dengan lensa zum optikal pertama dunia untuk telefon pintar

12 May 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER