• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lambat terima makanan yang dipesan dalam talian? Ini mungkin puncanya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:54 pm
  • 18/05/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Penunggang e-hailing yang kebanyakannya melakukan perkhidmatan penghantaran makanan berdepan dengan permintaan yang kian menurun sejak sektor ekonomi negara dibuka semula, iaitu selepas negara melangkah ke fasa akhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada hujung tahun lepas. Perkara ini dilaporkan oleh Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar). Hal ini mungkin terjadi kerana ramai antara pelanggan yang sudah mula makan di kedai dan tidak lagi lakukan pesanan secara dalam talian.

Menurut Naib Presiden Penghantar, Abdul Hakim Abdul Rani, pesanan makanan mengalami penurunan dalam 10%, manakala penghantar makanan pula berkurangan sekitar 25%. Kebanyakan mereka kembali semula ke pekerjaan lama. Jika anda pernah mengalami kelewatan menerima pesanan, mungkin kekurangan penghantar makanan adalah puncanya.



Tambah Abdul Hakim, walaupun pesanan berkurangan, hal ini tidak mendatangkan banyak kesan ke atas pendapatan penghantar makanan. Malah persaingan antara mereka juga berkurangan. Nampaknya, situasi ini bakal memudahkan penghantar makanan mendapat ramai pelanggan di sesebuah kawasan.

Di samping itu, Muhammad Izzat Mansor, 28, seorang penghantar makanan yang bekerja dengan pelbagai syarikat seperti Grab dan Lalamove, bersetuju bahawa terdapat sedikit penurunan dalam tempahan, terutamanya pada bukan waktu puncak.



Seorang lagi penunggang yang mahu dikenali sebagai Khairul A. berkata, mereka yang masih bekerja sepenuh masa sebagai pemandu e-hailing mungkin tidak merasai penurunan tempahan. Hal ini kerana penyedia perkhidmatan penghantaran seperti Grab dan Foodpanda menggunakan sistem penggredan. Siapa yang bekerja lebih kerap akan mendapat keutamaan yang lebih tinggi dalam menerima tempahan.

Penunggang & pemandu Grab terima lebih RM50 juta tips pada 2021

Bukan itu sahaja, anda tahu tak yang P-Hailing ini merupakan satu sumber pendapatan yang lumayan? Disamping terima bayaran penghantaran, adakalanya mereka juga terima tips yang banyak!

Pelanggan di Malaysia memberikan lebih RM50 juta tips kepada penunggang dan pemandu melalui aplikasi Grab pada tahun 2021. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, Grab menyatakan bahawa rakyat Malaysia lebih bermurah hati, sebab mereka memberikan tips dalam setiap 30 tempahan. Berbanding sebelum PKP, tips adalah satu dalam setiap 100 tempahan. Lebih daripada RM2.4 juta tips telah diperolehi dalam tempoh 18 Mac sehingga 31 Mei 2020.

Semasa PKP, purata tips adalah RM30,000 sehari dan tips tertinggi dalam satu tempahan ialah RM500! Tapi, Grab telah mengehadkan tips maksimum kepada penghantar sebanyak RM50. Menariknya, pengguna Lembah Klang adalah yang paling kerap memberikan tips, dengan lebih daripada RM160,000 jumlah tips diberikan. Manakala pengguna di Kuala Terengganu pula adalah yang paling murah hati dengan purata nilai tips tertinggi bagi setiap tempahan.

Nampaknya, apabila seseorang itu kerap bekerja sebagai penghantar makanan atau pun pemandu e-hailing, mereka bukan sahaja bakal terima tempahan yang banyak, malah jika bertuah ada banyak juga tips yang akan diterima.

[Sumber: Malaymail, TheStar]

Tags: E-Hailing
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026

Lambat terima makanan yang dipesan dalam talian? Ini mungkin puncanya

18 May 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN