• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa Bill Gates guna Galaxy Z Fold 3, bukan Surface Duo 2?

  • OLEH Najib
  • 11:06 am
  • 23/05/2022
  • Komen
Bill Gates tidak lagi menjadi lembaga di Microsoft
Share on FacebookShare on Twitter

Bill Gates adalah nama yang sangat terkenal dalam dunia teknologi. Beliau merupakan pengasas bersama Microsoft, tetapi kini tidak lagi melibatkan diri secara aktif di dalam pengurusan syarikat Microsoft.

Walaupun Microsoft memiliki beberapa produk telefon pintar, Bill Gates memilih Samsung Galaxy Z Fold 3 sebagai telefon pintar utama kegunaannya. Dia mendedahkan hal ini di dalam sesi Reddit AMA (Ask Me Anything, tanya saya apa sahaja).



Dalam satu pertanyaan oleh pengguna Reddit tentang telefon apakah yang digunakan, Bill Gates menjawabnya dengan, “Saya memiliki Android Galaxy Z Fold 3. Saya hanya perlukan komputer mudahalih dan telefon, tidak perlu lagi peranti lain.”

Samsung Galaxy Z Fold 3

Nampaknya Bill Gates sangat sukakan paparan boleh lipat AMOLED 7.6-inci di Galaxy Z Fold 3 yang mampu menjalankan pelbagai tugasan. Ia adalah satu-satunya peranti yang diperlukan selain komputer mudah alih yang pastinya menggunakan Microsoft Windows. Tetapi agak mengejutkan juga kerana Microsoft sendiri memiliki telefon pintar boleh lipat, Microsoft Surface Duo 2 dengan skrin sebesar 8.3-inci.



Berbeza dengan Galaxy Z Fold 3, skrin Surface Duo 2 tidak boleh dilipat tetapi ia gabungan dua skrin OLED 5.8-inci yang disambungkan dengan dua engsel. Apabila dibuka lipatan, Surface Duo 2 lebih lebar daripada Z Fold 3, tetapi ia juga tiada skrin di luar. Telefon boleh lipat Microsoft ini menyokong fungsi panggilan tetapi pasti ia kelihatan janggal memegang tablet kecil di telinga untuk bercakap.

Microsoft Surface Duo 2

Microsoft Surface Duo 2 masih peranti berkuasa tinggi dengan penggunaan cip Snapdragon 888 5G, RAM 8GB dan storan dari 128GB sehingga 512GB. Di Amerika Syarikat, ia dijual pada harga USD 999 (~RM4,384) dengan storan 128GB, manakala harga untuk storan 256GB adalah USD 1,099 (~RM4,823).

Melihatkan dari segi penggunaan, perkakas dan fungsi, tidak dapat disangkal lagi bahawa Samsung Galaxy Z Fold 3 adalah pilihan yang lebih baik. Selain menggunakan cip Snapdragon 888, Z Fold 3 ada RAM sebesar 12GB dan pilihan storan antara 256GB serta 512GB. Selain itu, peranti Samsung ini kalis air IPX8 serta memiliki pengecasan wayarles. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM6,699 (256GB) dan RM7,099 (512GB).

Mungkin Galaxy Z Fold 3 ini lebih baik untuk Bill Gates tetapi apa pula pilihan anda? Ada sebab lain menjadikan Surface Duo 2 lebih menarik? Boleh kongsikan di ruangan komen ya.

[Sumber: Sammobile]
[Gambar:]

Tags: Bill GatesMicrosoftMicrosoft Surface Duo 2samsungSamsung Galaxy Z Fold 3
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Bill Gates tidak lagi menjadi lembaga di Microsoft

Kenapa Bill Gates guna Galaxy Z Fold 3, bukan Surface Duo 2?

23 May 2022
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER