• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan tolak cadangan telco pegang saham majoriti DNB, tarikh akhir persetujuan kekal 30 Jun

  • OLEH Najib
  • 2:19 pm
  • 24/05/2022
  • Komen
Kejayaan perkongsian rangkaian 4G, boleh diteruskan bagi menjayakan pembangunan 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan kepada dua daripada empat syarikat telekomunikasi (telco) utama Malaysia bahawa kerajaan berhasrat untuk kekal dengan tarikh akhir 30 Jun, bagi mereka menandatangani kontrak rangkaian 5G dan pegangan saham dalam Digital Nasional Berhad (DNB). Sekaligus, kerajaan menolak permintaan telco untuk memiliki lebih banyak pegangan saham di dalam DNB.

Malay Mail melaporkan, hasrat kerajaan ini telah dimaklumkan kepada DiGi Telecommunications dan U Mobile minggu lepas. Tengku Zafrul dijadualkan akan bertemu dengan pegawai dari Celcom Axiata Bhd dan Maxis Bhd awal minggu hadapan.



Tengku Zafrul

Jika keempat-empat telco ini (Celcom, Digi, Maxis, U Mobile – CDMU) tidak menandatangani perjanjian dengan DNB pada 30 Jun, mereka berisiko untuk tidak lagi dilibatkan di dalam pembangunan rangkaian 5G Malaysia yang sudah terlalu lewat. Malah, pegangan saham dalam DNB akan ditawarkan kepada syarikat lain.

Pelbagai pihak swasta dari dalam dan luar negara, dikatakan sangat berminat untuk memiliki pegangan saham DNB. Kerajaan dilihat tidak akan menolak permintaan untuk membeli pegangan saham DNB kepada pihak lain, jika syarikat CDMU menolak tawaran ini.



Kerajaan Malaysia telah menubuhkan DNB untuk mempercepatkan pembangunan rangkaian 5G memandangkan Malaysia telah lewat kerana banyak negara lain telah sedia menggunakannya, bermula tahun 2019. Kelewatan ini menjadi sebab utama Kementerian Kewangan cuba berunding dengan telco untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif di peringkat antarabangsa.

DNB akan mengenakan bayaran kepada akses 5G berbanding telco diberi spektrum untuk membangunkan sendiri rangkaian 5G.

Pada bulan Mac lepas, kerajaan telah menawarkan pegangan saham DNB sebanyak 70% kepada semua telco dalam negara. Bagaimanapun, empat telco CDMU menyatakan terdapat perkara yang perlu dihalusi dan diubah sebelum mereka bersetuju, seperti harga borong yang dikenakan DNB tidak munasabah.

Minggu lepas, Reuters melaporkan bahawa CDMU mahu memegang saham majoriti di dalam DNB, termasuk kawalan operasi supaya mereka boleh menetapkan harga borong untuk seluruh industri. Sebanyak sembilan syarikat telco telah ditawarkan untuk memiliki 70% pegangan saham DNB, bermakna CDMU hanya boleh memiliki 31.11% saham sahaja.

Sehingga kini, hanya Telekom Malaysia dan YTL Communications telah bersetuju dengan pelan 5G kerajaan Malaysia.

DNB menyatakan bahawa mereka akan mengenakan kadar yang rendah untuk rangkaian 5G berbanding kos yang sama untuk 4G. Malah, DNB menawarkan akses percuma 5G sehingga 30 Jun untuk telco membuat ujian.

Bagaimanapun, CDMU menyatakan bahawa kadar yang dikenakan DNB seperti yang diterangkan di dalam ‘Tawaran Akses Rujukan’ (RAO) masih tinggi, untuk kontrak selama 10-tahun. Telco dikenakan kadar RM30,000/Gbps untuk 1,200Gbps pertama, dan RM22,000/Gbps selepas itu.

Adakah CDMU akan bersetuju dengan perjanjian ini pada 30 Jun nanti, atau kerajaan akan mengubah syarat untuk CDMU?

[Sumber: Malay Mail]

Bacaan Berkaitan

  • Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?
  • Ini yuran langganan telco sekiranya sertai DNB untuk akses 5G
  • Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile sedia berbincang untuk ambilalih pegangan kerajaan dalam DNB
Tags: 5gcelcomdigiDNBmaxisTengku Zafrulu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Kejayaan perkongsian rangkaian 4G, boleh diteruskan bagi menjayakan pembangunan 5G

Kerajaan tolak cadangan telco pegang saham majoriti DNB, tarikh akhir persetujuan kekal 30 Jun

24 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER