• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini yuran langganan telco sekiranya sertai DNB untuk akses 5G

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:37 pm
  • 08/04/2022
  • Komen
Ini yuran langganan telco sekiranya sertai DNB untuk akses 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional Berhad (DNB) syarikat yang mengawal selia capaian 5G untuk Malaysia melalui model Model Penyedia Tunggal (SWN) telah menerbitkan dokumen Reference Access Offer (RAO). Dokumen teknikal itu mengandungi butiran tentang apa yang perlu pihak telco perlu tahu tentang servis 5G yang ditawarkan DNB kepada mereka.

Agak mengambil masa untuk menghadam dokumen dengan 108 muka surat itu. Antara peraka menarik adalah berapakah langganan yang perlu dibayar telco sekiranya bersetuju untuk beroleh akses 5G DNB.



Berapa telco kena bayar DNB?

RAO menggariskan yang akses kepada telco dibekalkan mengikut jalur lebar dan dikira dalam unit “gigabit per saat” (Gbps). Untuk 1,200Gbps pertama, DNB mengenakan bayaran RM30,000/Gbps. Untuk jalur selepas 1,200Gbps, DNB mengenakan RM22,000/Gbps.

Contohnya, sekiranya telco melanggan 1,500Gbps/bulan, yuran langganan adalah RM36 juta untuk 1,200Gbps dan RM6.6 juta untuk baki 300Gbps. Dokumen itu turut menjelaskan yang kos seperti Universal Service Provision (USP) dan cukai-cukai lain masih belum dimasukkan.



DNB turut menggariskan KPI yang perlu mereka penuhi. Misalnya, ketersambungan setinggi 99% pada satu-satu masa. Kemudian, mereka menetapkan yang kelajuan mean muat turun adalah 100Mbps manakala kelajuan mean muat naik adalah 3Mbps untuk NSA dan 5Mbps untuk SA.

Pada sudut latensi, mereka menetapkan yang ia perlulah kurang daripada 15ms untuk pengguna akhir.

Berapa pengguna kena bayar telco?

Sehinggalah telco bersetuju untuk menggunakan DNB sebagai pembekal sambungan 5G, sehingga itulah kita tidak akan dapat mengetahui pakej-pakej 5G yang bakal ditawarkan telco. Penawaran akan bergantung kepada kecekapan mereka mengawal selia jalur yang mereka tawarkan.

Contohnya, sekiranya mereka langgan jalur 1,200Gbps daripada DNB, mereka boleh berikan akses sepantas 1Gbps kepada 1,200 orang ataupun 6Mbps kepada 200,000. Disebabkan jalur itu bukanlah digunakan secara 100% oleh semua orang pada setiap masa, telco boleh melakukan “network shaping” sebagai salah satu kaedah kawal selia misalnya pada pengenalan had kelajuan, FUP, dan sebagainya.

Menurut The Edge Market, anggaran harga kuota untuk setiap GB adalah pada RM0.13/GB.

Sekiranya anda berminat untuk menelaah dokumen teknikal tersebut, anda boleh tekan pautan ini.

Sumber: DNB

Tags: digital nasional berhadDNB
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

26 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER